Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

CUTI-CUTI DI SEMPORNA, SABAH

19 Disember 2020 Kami mengambil flight Kuala Lumpur ke Tawau pada awal pagi 19hb. Flight paling awal adalah pada 6.15. Nasib kami baik sebab waktu Subuh awal dan kami sempat solat sebelum bertolak. Flight kami mengambil masa 2 jam lebih sehingga 3 jam untuk sampai ke Tawau. Aku mengambil pakej daripada Awys atau nama sebenarnya adalah Darwys dan aku mengambil paling murah yang diberikan olehnya. Pakej berharga RM 650 untuk melawat 10 pulau siap dengan makan 3x sehari, pengangkutan pergi dan balik dari airport Tawau ke Semporna, peralatan snorkeling, permit masuk taman laut dan pulau-pulau   dan juga tempat tinggal. Murah kan? Cumanya untuk pakej ini, kami tidur di pekan Semporna untuk 3 malam. Jadi, tak ada nak bangkit dari tidur nampak air laut yang membiru dengan burung-burung yang berterbangan mencari makan. Ketika kami sampai di airport Tawau, sudah ada driver yang menunggu kami untuk mengambil kami ke pekan Semporna. Airport ke Pekan Semporna mengambil