Skip to main content

Posts

Showing posts from 2024

MANTERA SUPAYA MAKANAN DIMASAK TAK HABIS-HABIS

“Daging kerbau ni tak macam daging lembu. Dia tak kecut. Kalau masuk dalam kawah banyak ni, nanti dah masak tetap banyak ni juga.” Kata Pak Cik Naim sambil meletakkan sebatang sigaret di antara kedua bibirnya. Bekwah kali ini mengorbankan seekor kerbau dan 2 ekor kambing. Bekwah kesyukuran sempena menyambut kehadiran menantu baharu. Menantu dari anak paling bongsu. Pak Cik Naim menyalakan sigaretnya. Asap berkepul-kepul keluar dari kedua rongga hidung. “Basuh daging cepat-cepat dan masukkan dalam kawah. Daging kerbau ni dia lambat nak lembut. Lambat empuk. Cepat! Cepat!” Arah Pak Cik Naim selaku ketua chef bahagian gulai. Kami yang berada di situ bergegas ke arah paip air dan daging yang sudah dilonggokkan di dalam raga. Kena bertindak mengikut arahan Pak Cik Naim. Tak boleh buat silap walaupun sekecil-kecil silap. Daging yang sudah siap dibasuh, dimasukkan ke dalam kawah. Ada 3 kawah semuanya. Api dinyalakan. Kalau dulu, orang masak guna kayu sebagai bahan api. Tapi zaman sekarang, se