Skip to main content

KENDURI ABDULLAH ZAID - PART 2


“Eh, kita ada 2 tempat ni. Rumah Yid dengan rumah Lih.” Aku mengingatkan Bakari dan Muzakkir.
“Pastu… nak pergi yang mana dulu?” Tanya Muzakkir.
“Pergi rumah Yid dulu la. Balik kita singgah rumah Lih.” Bakari memberi kata putus.
“Boleh juga. Kena pergi rumah Yid dulu sebab Jes dari tadi lagi tunggu kita.” Aku mengiyakan keputusan Bakari.
Dan memang kebiasaannya, pembuat keputusan adalah Bakari. Kalau tanya Muzakkir, jawapan dia senang sahaja.
“Atas mu belaka. Aku ikut je.”
“Mu on, aku on.”
“Mu gi, aku follow.”
Dan paling susah dia nak buat keputusan adalah bila ditanya, “Nak pergi makan kedai mana ni?”
Maps menunjukkan sudah sampai di rumah Abdullah Zaid. Kami semua turun dari kereta.
“Eh, betul ke rumah Yid ni? Tak ada kelibat Yid pun.” Muzakkir mula sangsi.
“Kalau ikut maps, betul dah ni.” Aku bahagian tengok maps cuba memberi kepastian.
Telefon bergetar. Amjes membuat panggilan.
“Mari masuk ni. Aku nampak dah sek mu. Mari!!”
Lega. Memang ini rumah Abdullah Zaid.
Di bahagian belakang, baru nampak kelibat Amjes yang sedang duduk di kerusi di bawah khemah putih. Segak dengan baju berwarna coklat keungguan. Kelibat Abdullah Zaid turut kelihatan.
Aku, Bakari dan Muzakkir bersalaman, berpelukan mengucapkan tahniah kepada Abdullah Zaid.
Abdullah Zaid tersenyum lebar. Hatinya mungkin tengah bergembira riang seperti mengejar rama-rama di taman bunga. Baru berjumpa dengan nikmat besar di dunia.
“Ambil nasi terus. Jemput makan.” Pelawa Abdullah Zaid.
Kami mengambil tempat di hadapan Amjes.
“Jes, lama dah sampai?”
“Pukul 11.20 lagi!!” Jawab Amjes sambil tangannya menepuk meja.
Itulah Amjes. Kalau dia mula bercerita, akan ada gaya tangan yang berbelit-belit, ada contoh intonasi nada suara, ada contoh pergerakan dan ada mimik muka mengikut jalan ceritanya.
“Kawe lama tak jumpa Kamel.” Ujar Bakari.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.