Skip to main content

PASIR MAS - GERIK BERSAMA POK CEK : PART 3



Hujan lebat masih belum lagi menunjukkan tanda untuk berhenti. Air putih jernih sudah bergenang di permukaan jalan di depan masjid. Jika diinjak, paras air mungkin sudah mencecah buku lali.

“Cek, hujan ni. Kalau dekat Teja, hujan macam ni memang tak boleh nak duduk. Kena tempias air hujan.” Kata aku kepada Cek.

“Tapi… Teja tu sebenarnya buka ke tak hari ni? Minggu lepas lama dia tutup.” Cek masih sangsi sama ada kedai Teja buka ke tidak.

“Setakat ni memang aku yakin buka Cek. Tadi dah tanya Azizi Azahazuhari. Dia kata buka.” Aku meyakinkan Cek sekali lagi.

Kedai Teja dengan Masjid Nurussalam bukannya jauh. Dari Masjid, keluar ke kanan, dalam 300 meter sudah nampak kedai Teja di sebelah kiri. Kedainya kena masuk simpang selepas simpang ke taman perumahan. Nak cam kedainya buka ke tidak, adanya lampu-lampu yang menyala berjuntaian biarpun di siang hari.

Jarang benar kalau dari Kelantan aku tidak singgah di Teja. Kalau dari Sg. Siput memang tak pernah singgah sebab nak cepat. Kalau singgah, barangkali langit mula gelap baru bertolak semula ke Kelantan.

Kepakaran Teja adalah menghasilkan kopi yang rasanya adalah premium tapi dengan harga berpatutan. Berpatutan dekat sini adalah harga yang dibayar setanding dengan nilai yang kita dapat. Bagi pencinta kopi, pasti akan merasa harganya adalah berpatutan.

Kedainya bukan seperti kedai Zus, Nasken, atau Richiamo yang lengkap dengan bangunan dan susun atur dekorasi dalam kedai yang menghasilkan emosi seperti berada dalam kedai bangsawan. Kalau dulu, mungkin mereka ini mahu menyaingi Starbuck.

Kedainya cuma sebuah kabin yang diperbuat dari kontena. Di luarnya ada 2-3 meja camping sekali dengan kerusi. Sekarang orang panggil kerusi ‘healing’. Kedainya seakan tempat persinggahan untuk musafir membeli kopi, dapat kopi, masuk semula dalam kereta dan teruskan perjalanan.

Jika lelah dan sedikit kepenatan, tidak terburu-buru nak meneruskan perjalanan, mereka boleh healing sebentar di atas kerusi. Merenung jalan yang sibuk dengan kenderaan lalu-lalang. Jika datang seorang diri, mereka boleh membuat pesanan kopi sekali pakej bersembang dengan pemiliknya, Azizi Azahazuhari. Ini juga antara ciri premium yang ada di Teja.

Kalau ke Teja, cuaca pula panas, biasanya aku akan pesan Bajigur. Rasanya memang lemak dan aku tak jumpa lagi kopi macam ini dekat kedai lain. Katanya Azizi Azahazuhari, Bajigur adalah kopi yang dikombinasikan dengan air kelapa. Tak ada versi panas. Yang ada cuma versi sejuk. Setakat ini, rasanya tak menghampakan. Sekali sedut, nak sedut lagi sehingga titisan yang terakhir.

“Menu Teja banyak Mil. Bukan setakat kopi je. Ada frappe, macha, laici kang, tapi orang Gerik dia minat kopi susu je.” Ujar Azizi Azahazuhari.

Pernah sekali aku singgah Teja tapi duit tak berapa ada dalam poket seluar. Nak bayar dengan e-wallet pun tak berapa ada juga dalam akaun. Tekak pula berasa nak minum kopi.

“Ji, aku mari singgah nak sembang je ni. Kopi tak nak. Lama tak sembang dengan mu.” Tutur aku sebaik sahaja berdiri di depan kedainya.

“Boleh Mil. Mari duduk sini.” Pelawa Azizi Azahazuhari untuk duduk di kerusi ‘healing’.

Bila Azizi Azahazuhari membuka cerita, ceritanya berangkai dari satu cerita ke satu cerita. Ada kesinambungan yang menjadikan satu sesi bersembang itu boleh lajak sehingga sejam.

“Nak minum apa Mil? Tak apa la Mil. Tak payah bayar. Aku belanja.” Macam menjadi taktik ajak bersembang.

Panjang cerita Teja, tapi hujan nampaknya semakin rancak menumpahkan butir-butir air yang jernih. Cek sudah berada dalam kereta dan sedang asyik menyikat rambut. Rambutnya sedikit terusik dek terkena air hujan ketika hendak masuk ke dalam kereta.

Telefon dikeluarkan dan terus aku menghubungi Azizi Azahazuhari. Bunyi deringan tidak lama dan terus bersahut.

“Ji, ada kat kedai ke? Aku baru sudah sembahyang dekat Masjid Nurussalam. Ada Pok Cek sekali ni.”

“Ooo, hujan lebat ni. Tak boleh duduk kat kedai. Mari rumah la. Ajak Pok Cek sekali. Kita sembang dekat rumah.” Pelawa Azizi Azahazuhari.

“Okay. Beres!” Butang merah ditekan sekaligus mematikan panggilan.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.