Skip to main content

SG. SIPUT, GERIK, PASIR MAS


Sudah sebulan lebih aku berulang dari Perak ke Kelantan. Dari Sg. Siput ke Pasir Mas mengambil masa 4 jam 30 minit. Ada perlu lajak sampai ke 5 jam atau 5 jam setengah.

Kalau sudah masuk jalan bukit, bermula dari Sg. Lebey, masa yang diambil lebih kurang sejam setengah untuk sampai di Batu Melintang.

Sg. Siput - Gerik : 1 jam 30 minit
Gerik - Batu Melintang : 1 jam 30 minit
Batu Melintang - Pasir Mas : 1 jam 30 minit
Jumlah keseluruhan : 4 jam 30 minit.

Ini perjalanan menggunakan kenderaan melata empat roda. Baru sekali aku menunggang motosikal dari Perak ke Kelantan. Laluan yang sama cuma mengambil masa selama 4 jam. Kenapa jimat masa? Bukan sebab motor laju. Tapi sebab motor tak perlu nak beratur panjang di belakang lori dan juga treler.

Kalau naik kereta, pernah saja Honda Civic Ketam potong aku di laluan lorong memotong. Selama lebih 15 minit dia cucuk belakang kereta aku disebabkan tidak berani untuk memotong di laluan berbukit. Sampai lorong memotong, aku memberi isyarat untuk berada di laluan paling kiri. Kemudian, Honda Civic Ketam yang dari tadi tidak sabar, terus memotong laju. Laju berdesup. Jarang jumpa ketam yang laju. Anak mata aku sempat mengerling ke arahnya.

“Kita jumpa di belakang lori!” Ucap aku keseorangan dalam kereta.

Stering dipusing kiri, kemudian kanan. Tak lama sterengnya lurus, dipusing lagi kiri dan kanan. Pokok-pokok merimbun di tepi kiri kanan jalan seolah-olah melambai ke arah aku. Gembira ada manusia yang masih lagi bertamu melintasinya.

Laluan Gerik - Kelantan sudah cantik dan sudah tidak banyak lubang-lubang yang dalam seperti 3-4 tahun kebelakangan. Perasaan risau dan cemas andainya tayar jatuh menerjah lubang sudah tiada. Yang teruk sikit cuma jalan yang bertampal dan berlapis-lapis. Bila kereta marhaen lalu, akan terasa gegaran di dashboard.

Kalau dulu, postur badan ketika memandu akan sedikit bongkok ke hadapan. Mata liar melihat jauh ke hadapan. Mengintai-intai di mana lubang untuk mengelak tayar dari bergolek jatuh ke dalamnya. Andai terjatuh juga, boleh jadi tayar pecah, boleh jadi rim bengkok. Makan modal.

15-20 minit aku memandu melalui selekoh-selekoh Bukit Gerik. Kemudian, beberapa meter di hadapan, aku nampak sepit ketam yang jelas warna merahnya. Ketam yang laju tadi ketemu jua akhirnya. Memang betul di belakang lori balak. Sesekali nampak sepit ketamnya menyala berwarna merah seiring dengan semakin perlahan pergerakannya. Menjarakkan dirinya dengan lori balak.

“Kan dah kata, berjumpa juga kita di belakang lori.” Kata aku kepadanya. Entah dengar entah tidak.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.