Skip to main content

PASIR MAS - GERIK BERSAMA POK CEK : PART 1


Perjalanan dari Pasir Mas ke Sg. Siput pada hari ini tidak begitu sunyi. Berteman dengan Honda Civic Type R sepanjang perjalanan dari Jeli hingga ke penghujung Gerik.

Pertemuan yang separa dirancang.

“Masa mana bertolak Cek?” Tanya aku pada Baihaqi melalui aplikasi Whatsapp. Namanya Baihaqi. Dekat bandar orang panggilnya dengan nama Bai. Dalam kalangan keluarganya mesra dengan panggilan Aki. Dalam kalangan kawan-kawan sekolahnya dikenali dengan nama Pok Cek. Orangnya kecil pada suatu ketika dahulu dan mungkin sebab itu dia mendapat nama panggilan Pok Cek.

‘Tengah hari kot. Mu masa mana?’ Balas Cek.

‘Aku dekat-dekat Zohor macam tu la.’

‘Okay. Jumpa dekat Jeli.’

Jumaat lepas aku nampak status Cek di Whatsapp. Cek memuat naik sekeping gambar ketika berada di Hentian Perah.

Apa yang dirancang menjadi. Jodoh pertemuan adalah di Stesen Minyak Petronas Jeli. Cek sampai dengan begitu bergaya. Honda Civic 2.0 Type R betul-betul berhenti di tepi kereta aku. Dia menurunkan cermin dan senyumannya meleret. Masih lagi manis seperti dulu. Di sebelahnya ada co-pilot yang umurnya masih belasan tahun.

“Berhenti mana ni Cek?” Tanya aku.

“Berhenti dekat Gerik terus la. Dekat Masjid Nurussalam.” Jawab Cek.

“Okay. Mu duk depan la Cek. Aku bawa slow ni.”

“Mu duk depan la. Aku follow.” Cek berkeras.

Tayar kereta bergolek. Aku terus mendahului Cek berada di depan. Santai-santai melayan cuaca yang mendung pada petang itu. Kenderaan menghala ke Gerik nampaknya tidak banyak. Mungkin perantau tak ramai yang balik pada minggu ini memandangkan minggu depan adalah cuti persekolahan.

Lepas sahaja Batu Melintang, dari cermin pandang belakang aku nampak Cek semakin menghampiri belakang kereta. Aku menekan sedikit minyak dan terus maju ke depan dengan sedikit ketingkatan kelajuan untuk menjarakkan kedudukan. Tapi Cek turut meningkatkan kelajuan keretanya. Kedudukan keretanya begitu menghampiri kereta aku.

“Aii. Tadi suruh orang duk depan. Lepas tu main cucuk-cucuk pula.” Gumam aku sendirian.

Masih lagi dengan had laju kebangsaan, aku meneruskan perjalanan dan akhirnya terpaksa memperlahankan kenderaan. Di depan sana ada deretan kereta. Kelajuan terus menurun kepada 60 km/j. Ada lori membawa muatan ayam di hadapan. Di belakangnya pula ada sebuah bas UiTM berwarna ungu.

Jalan ketika itu sedikit mendaki dan dari jauh terdengar ngauman lori membawa ayam.

“Prennngggg… prengggg…” Bunyinya sungguh membingitkan telinga. Asap hitam turut berkepul keluar dari ekzosnya. Enjin lori meraung seksa dek terbeban dengan muatan dan terpaksa melawan graviti disebabkan keadaan jalan yang sedikit mendaki.

Mujur tidak jauh di hadapannya ada laluan memotong. Terus sahaja lori tersebut mengambil jalan sebelah kiri dan memberi ruang kepada kenderaan yang di belakangnya untuk memecut laju. Biarkan dia bersama dengan ayam-ayam yang terpenjara di dalam jaringan plastik besar. Jaring-jaring yang berupa penjara bagi ayam itu tersusun rapi di belakang badan lori.

Aku turut memotong lori tersebut. Cek pun sama. Ikut rapat di belakang aku. Jauh sedikit dari lori tadi, aku turut mengambil jalan di bahagian kiri. Memberi ruang kepada Cek untuk memotong. Tapi nampaknya Cek turut memperlahankan kereta walaupun berada di bahagian kanan jalan. Gayanya seakan mahu aku terus berada di depan.

“Ooo… dasar Pok Cek!” Nampak gaya kena main dengan Cek kali ni.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.