Skip to main content

KENDURI ABDULLAH ZAID - PART 1


Entah bila kali terakhir aku, Bakari dan Muzakkir bergerak sama-sama untuk ke menghadiri kenduri. Yang pasti, zaman itu adalah zaman semua masih lagi teruna dan bujang.

“Nak gi makan gulai masa mana esok? Gerak sekali la.” Soalan yang pasti Muzakkir akan tanya jika ada jemputan kenduri. Ketika zaman kegemilangan dia sebagai teruna, jarang sekali dia akan terlepas mana-mana jemputan kenduri. Yang pasti juga, jarang sekali dia akan pergi seorang diri. Pasti berteman.

Untung berteman dengan Muzakkir, dia akan sediakan hadiah yang berbalut rapi untuk cenderamata kepada tuan rumah. Aku dan Bakari akan menumpang hadiahnya.

“Hadiah sek kawe 3 orang.” Kata Bakari kepada tuan rumah.

Jika kenduri arah timur, maka tempat berkumpulnya di rumah Muzakkir. Bakari akan datang dari Kg. Simpul Berlubang, aku pula datang dari Pasir Mas. Masing-masing akan parkir di rumah Muzakkir dan kami akan bergerak dengan satu kereta.

Jika kenduri arah barat, maka yang pastinya Bakari akan menunggu kami berdua untuk sampai. Ada masa ketika kami sampai, dia masih lagi berkain pelikat berbaju singlet. Kainnya singkat di paras betis, dan kilas kain pelikatnya pula menutup pusat bersama singlet yang sudah lusuh.

Tapi cuti kali ini adalah kenduri di rumah Abdullah Zaid. Rumahnya terletak di Pasir Pekan betul-betul di tebing Sg. Kelantan.

‘Mil, tunggu aku. Kita gerak sekali esok.’ Muzakkir menghantar mesej Whatsapp.

‘Okay. Kepala gulai esok tu. Pukul 12. Dah janji dengan Amjes.’

Keesokan harinya.

‘Mil, tunggu kejap. Sekali dengan Bakari ni. Aku tunggu Bakari sampai.’ Masuk satu mesej Whatsapp sambil aku menunggu ketibaan Muzakkir. Dari Pasir Mas, aku rancang kena bertolak paling lewat pukul 11.30 pagi untuk ‘kepala gulai’ di rumah Abdullah Zaid.

Bakari dengan masa memang susah nak baca gerakannya. Boleh jadi masa menjadi lambat, dia akan sampai terlalu awal. Mendahului masa. Boleh jadi, masa menjadi pantas, dia pula akan lambat ketinggalan. Tapi banyak kes, masa menjadi terlalu pantas.

Jika kena ayat ‘on the way’ Bakari, jangan sesekali meletak harapan. Jika tidak, kecewa pasti mengundang.

“On the way dah ni Mil.” Kata Bakari. Butir percakapannya tidak begitu jelas. Jika diamati dengan betul, suaranya seperti sedang menggosok gigi.

Hampir pukul 1 petang, baru nampak kelibat dua buah kereta sampai. Kereta Bakari dan kereta Muzakkir. Satu kereta parkir, dan satu lagi kami naik untuk ke Pasir Pekan.

Tiga orang lelaki dalam satu kereta dengan satu matlamat sedang menuju ke arah Pasir Pekan. Harapan untuk kepala gulai sudah musnah. Beri sahaja kepala gulai kepada Amjes. Harap-harap Amjes masih lagi ada di rumah Abdullah Zaid menanti ketibaan kami.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.