Skip to main content

KURSUS DI TAIPING - PART 2


Selesai sudah bengkel di Taiping minggu lalu. Selama 3 hari dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang berada di sebuah sekolah menengah di Taiping. Sekolah yang semuanya perempuan. Selama 3 hari pemerhatian, kesimpulannya sekolah yang pelajarnya perempuan ini tenang dan sunyi. Tidak ada riuk pikuk suara menjerit ataupun berteriak macam orang kena histeria.

Teringat aku pada ayat Ustaz Sabri ketika mana kelas Bahasa Arab di sekolah dulu. “Ana mengajar di kubur ke ni?! Semua senyap. Haa?!” Nama popular Ustaz Sabri ketika itu adalah Ustaz Sob.

Hampir setiap kali kelas Ustaz Sabri, pelajar akan berakhlak dengan akhlak yang paling mulia. Kepala kalau boleh hendak tunduk sampai melepasi paras meja. Risau jika mata bertentang mata dengan Ustaz Sabri. Jelingan dan pandangannya tajam dan tajamnya itu boleh menyiat-nyiatkan hati. Pedih tapi tiada kelihatan lukanya.

Pernah satu kali, Ustaz Sabri mengarahkan supaya dibuat salinan set soalan yang salah dalam peperiksaan. 1 soalan yang salah, kena salin dalam buku latihan sebanyak 50 kali. Sangat banyak sehingga tidak cukup dengan satu buku.

“Tolong salin untuk aku boleh tak? Nanti aku belanja nasi Abe Siam.” Minta Judin kepada seorang kawannya. Mungkin sudah tidak larat tangannya untuk menyalin sebanyak 50 kali. Itu kalau satu yang salah. Bayangkan kalau pelajar di kelas B, berapa banyak soalannya yang salah.

Judin boleh dikategorikan baik. Dia minta tolong dan dia janjikan nasi sebagai upah atas sebuah pertolongan. Ada kawan Judin yang caranya sedikit zalim. Dia minta adik-adik juniornya untuk membantunya. Seorang salin sepuluh. Berkat kerjasama adik-adik junior, tugasannya siap.

“Anta buat sendiri atau ada suruh kawan buat?!” Tanya Ustaz Sabri pada keesokannya. Ustaz Sabri duduk tegak di atas kerusi. Di hadapannya ada sebuah buku latihan yang tebal. Dua buah buku sudah dicantumkan menjadi satu. Kulit belakang dan kulit depan buku yang baharu dicantumkam dengan gam. Dia membelek satu persatu. Sehelai demi sehelai. Ditelitinya satu kalimah demi satu kalimah.

“Ana buat sendiri ustaz?” Jawab Judin. Ada sedikit getar pada suaranya.

“Anta cakap betul-betul. Anta sendiri buat atau ada orang lain buat untuk anta?!” Suara Ustaz Sabri sudah tinggi dan keras. Pelajar yang lain semuanya diam. Ada yang buat-buat membelek helaian buku latihannya. Ada yang tunduk kepala seperti tidak ada apa-apa babak kejadian di hadapannya. Ada juga yang sedang menahan untuk membuang air kecil. Dia lebih rela menahan kencing daripada menghadap Ustaz Sabri untuk minta izin ke tandas. Cuma tiga kipas jenama KDK sahaja yang berani mengeluarkan bunyi angin dari putaran bilahnya.

“Ana tanya sekali lagi. Anta buat atau orang lain yang buat?!!” Mata Ustaz Sabri memandang tepat ke dalam mata Judin. Tangan Judin sudah bersilang melintang di atas dadanya. Mungkin kesejukan menerima soalan dari Ustaz Sabri.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.