Skip to main content

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2024


“Demo nak tahu tak, hari ni kawe berebut pensel warna dengan anak kawe. Sebabnya kawe nak mari mewarna di sekolah hari ni.” Kata Amin dengan tangan kanannya mengangkat kotak pensel warna berjenama Stabilo.

“Kawe rasa, demo boleh menang hari ni. Pengorbanan demo besar. Pengorbanan demo dan anak demo.” Zikri memberi semangat. Amin nampak berkobar-kobar. Sudah terbayang dia akan menaiki pentas untuk menerima hadiah.

“Johan pertandingan mewarna bagi kategori guru, dimenangi oleh… Ustaz Amin!” Bergema dewan mengumumkan keputusan johan mewarna. Mungkin ini yang terbayang di benak fikiran Amin.

Amin mula mewarna lakaran di atas kertas. Seorang yang berseni. Setiap kombinasi warna yang digunakan nampak sepadan. Dalam dirinya terpendam bakat sebagai seorang guru seni.

Di sekolah, pagi ini adalah aktiviti pertandingan mewarna yang terbuka kepada guru dan murid bersempena bulan kemerdekaan. Walaupun sudah melepasi tarikh 31 Ogos, tetapi bulan kemerdekaan masih belum dirasmikan penutupannya.

Tidak lama kemudian.

“Sek demo tak boleh menang! Kawe siap dulu!” Ustaz Mizwan bangun sambil memegang lukisan yang sudah siap diwarna olehnya. Semua terkejut.

“Waaa… lawa Ustaz Wan!” Suara seorang cikgu kedengaran memuji warna lukisan Ustaz Mizwan. Bunyi suara yang sayup-sayup di celah murid perempuan.



Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.