Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2022

KEINDAHAN PANTAI SEPAT, KUANTAN

Hari Isnin sempena Hari Raya Deepavali, rancangan untuk ke Kuantan nampaknya berjaya. Rancangannya adalah untuk ke Pantai Sepat, kemudian terus pergi ke Zoo Teruntum untuk melihat haiwan-haiwan yang melata di sana. Alhamdulillah, cuaca pada hari itu mendung sedangkan semalamnya hujan dengan selebat-lebatnya di kawasan Muadzam Shah.  Aku sekeluarga bertolak dari Muadzam pada jam 9.40 dan perjalanan sejauh 100 KM lebih ditempuh dengan tenang dan lancar. Tidak ada sangkut dalam kesesatan dan kesesakan jalan raya. Ketika ini, google maps memainkan peranan penting sebab ini adalah kali pertama aku ke Pantai Sepat. Tahu nama Pantai Sepat pun lepas search google dengan menaip ‘tempat-tempat menarik di Kuantan’. Sampai di Pantai Sepat, aku terus park bersebelahan dengan pagar masjid. Awal aku park sebab aku tengok banyak khemah-khemah yang dipacak di bawah pokok di belakang masjid. Aku fikir, mungkin depan sana semua tempat parkir sudah penuh. Elok sahaja aku parkir, tidak perlu nak berebut-re

ABANG BOMBA

Perasan segak dengan uniform bomba! Tidak pernah terfikir dan juga terlintas dalam fikiran yang aku akan menyarung uniform lengkap seorang bomba. Dulu, pernah ada cita-cita untuk menjadi askar. Pakai celoreng, masuk hutan, mengendap dan menyorok dari musuh, kemudian bertempur dengan pistol dan juga senapang. Tapi itu ketika masih lagi zaman kanak-kanak yang terpengaruh dengan cerita Arnold Schwarzenneger dalam movie setiap Rabu pada pukul 10.00 malam. Kemudian, cita-cita itu lebur bersama masa yang bergerak tanpa henti yang seiring dengan fikiran turut menjadi matang. Terpengaruh juga dengan kata-kata kawan yang jadi askar boleh cepat mati. Askar akan berada di barisan yang paling hadapan bila mana berperang. Bila di barisan hadapan, bila kena tembak, yang depan akan tumbang terlebih dahulu. Darah membuak merata-rata, ambulans tidak dapat nak menolong, akhirnya rebah menjadi mayat. "Mu nak mati awal ke jadi askar?" soalan ini pernah dilontarkan kepada aku. Ahh... sudah. Tukar