Skip to main content

Posts

Showing posts with the label travel

JALAN-JALAN SG. BESAR PART 1

“Mil, meh la pergi Sg. Besar. Ikut aku.” Ajak Irfan. Pemandu bas selaku pemilik beberapa lagi bas yang lain. Tertera di bas miliknya, Irfan Said. “Buat apa Pan pergi Sg. Besar?” “Ada trip melawat kilang makanan dekat sana.” Ringkas jawapan Irfan. “Berapa hari Pan?” Tanya aku. “Balik hari. Pagi Sabtu dalam pukul 4, pukul 5 kita gerak. Nanti malam pukul 10 11 sampai la balik sini.” Terang Irfan. “Trip mak dara ke anak dara yang ramai ni, Pan?” “Hang kena tengok sendiri la. Aku tak mahu cakap. Hang nak anak dara ke mak dara? Silap-silap nek dara pun ada.” “Okay, jom. Kira jadi!” Jawapan muktamad. “Esok tu. Pukul 4 pagi bas gerak. Hang jangan nak nganjor pula.” Kata Irfan dalam loghat Perak.

LATA PERAHU : JANGAN INGAT BANYAKNYA PERAHU

Setahun di Perak, baru sempat jalan-jalan dan pusing-pusing kawasan sekitar. Berbekalkan petrol RM 3 dalam tangki motor berjenama Honda, dapat juga jelajah 2-3 tempat di kawasan daerah Kuala Kangsar dan juga Lenggong. Lata Perahu Mengikut orang tempatan, dulu Lata Perahu dikenali dengan Lata Peghor. Ada sejarah berkait dengan Lata Perahu yang mana dikatakan air dari Lata Perahu ini akan mengalir masuk ke Sungai Temong. Temong pula nama besar dan orang penting dalam sejarah kesultanan negeri Perak. Namanya Tok Temong. Jangan ingat nama Lata Perahu disebabkan sini banyaknya perahu pula. Tempatnya tak adalah besar sangat. Parkiran amat terhad. Dalam 200 meter nak sampai, jalan agak mencanak naik. Tapi Honda Wave boleh naik dan lulus dengan jayanya. Jangan risau, jalan diturap dengan baik. Bukan macam jalan lebuhraya Grik nak ke Jeli. Ada gerai jual makanan dan juga laksa. Boleh makan laksa sambil menikmati pemandangan air sungai yang mengalir. Bunyi uggas-unggas hutan berkicauan mendamai

KEINDAHAN PANTAI SEPAT, KUANTAN

Hari Isnin sempena Hari Raya Deepavali, rancangan untuk ke Kuantan nampaknya berjaya. Rancangannya adalah untuk ke Pantai Sepat, kemudian terus pergi ke Zoo Teruntum untuk melihat haiwan-haiwan yang melata di sana. Alhamdulillah, cuaca pada hari itu mendung sedangkan semalamnya hujan dengan selebat-lebatnya di kawasan Muadzam Shah.  Aku sekeluarga bertolak dari Muadzam pada jam 9.40 dan perjalanan sejauh 100 KM lebih ditempuh dengan tenang dan lancar. Tidak ada sangkut dalam kesesatan dan kesesakan jalan raya. Ketika ini, google maps memainkan peranan penting sebab ini adalah kali pertama aku ke Pantai Sepat. Tahu nama Pantai Sepat pun lepas search google dengan menaip ‘tempat-tempat menarik di Kuantan’. Sampai di Pantai Sepat, aku terus park bersebelahan dengan pagar masjid. Awal aku park sebab aku tengok banyak khemah-khemah yang dipacak di bawah pokok di belakang masjid. Aku fikir, mungkin depan sana semua tempat parkir sudah penuh. Elok sahaja aku parkir, tidak perlu nak berebut-re

HIKING KE GUNUNG BAH GADING & AIR TERJUN TIGOK PART 1

Lama berehat dari dunia hiking. Awal tahun 2020, naik Kem Baha, kemudian kahwin, kemudian PKP melanda negara dan masa terus berlalu hingga ke tahun 2022. Dan sekarang, Ogos 2022. Aku berani menyahut cabaran untuk mengikuti trip mendaki ke Gunung Bah Gading yang terletak di daerah Bidor, Perak. Hampir 2 tahun tidak aktif hiking, jiwa memberontak untuk masuk ke hutan dan memerah keringat untuk ke puncak gunung. Ada yang cakap Gunung Bar Gading, ada yang cakap Bah Gading. Entah mana satu yang betul. Yang penting, dekat belakang, bunyinya adalah GADING! Bentuk gunung semacam gadingkah? Atau banyak binatang bergading yang ada dalam trek pendakian untuk ke puncak? Apakah yang menyebabkan gunung tersebut dipanggil dengan gunung Bah Gading? Wallahu a’alam. Setakat ni tidak ada jawapan yang betul-betul tepat. Mengikut trip yang dianjurkan oleh Mors untuk kali yang ketiga. 2 kali sebelum ini adalah trip CBL dan trip Gunung Tahan Merapoh – Merapoh. Malangnya trip kali ini gogonya iaitu

CAMPING DI KG. DUSUN, KUALA MU, SUNGAI SIPUT, PERAK

Hajat dan rancangan untuk datang ke Kuala Mu memang sudah lama, tapi masih belum sampai juga. Akhirnya, minggu ini tercapai hajat untuk berkhemah di Kuala Mu, Perak. Ya, la. Kuala Mu sejak beberapa tahun yang lepas tular tentang keindahan tempatnya. Ada sungai yang airnya jernih mengalir dari puncak bukit. Kiri kanan ada chalet yang diperbuat daripada buluh dan berbumbungkan atap nipah. Pagi-pagi ada kabus yang memutih memenuhi perkampungan tersebut. Tengok gambar pun dah tahu tempat itu adalah tempat impian untuk semua pencinta aktiviti outdoor. Buka je pintu chalet atau pondok, terus nampak air sungai yang mengalir. Bunyi derunya sungguh mengasyikkan sambil sinar matahari mengintai di celah bayang-bayang daun pokok. Bayangkan tidur malam dengan suhu yang sejuk mencecah 17c bertemankan dengan bunyi deru sungai yang mengalir di celah-celah batu. Iramanya sungguh mengasyikkan! Hari Jumaat lepas, usai saja solat Jumaat, terus kami bertolak ke Kuala Mu. Hanya aku dan Mat Yi. Berdua sahaja

RIDE TO KENERONG, DABONG : PART 2

Senja sudah menjengah. Bunyi cengkerik sudah kedengaran dalam hutan di sebalik sungai. Matahari pula sudah tidak kelihatan. Hanya cahayanya masih lagi terang kemerah-merahan. Sedang asyik melayan bunyi deru sungai, aku tengok makin ramai budak-budak dalam lingkungan 10 hingga 15 tahun yang turun ke sungai. Seorang demi seorang terjun ke dalam sungai. Pelbagai gaya dan aksi. Sikit saja aksi mereka hampir sama dengan Pandalela Rinong. Tapi kesemua mereka berkepala botak. ‘Sah. Kalau kepala botak, mesti budak-budak yang belajar dekat pondok ni.’ Hatiku berteka sendirian. “Abe! Mari la mandi sekali!” Budak cilik di hujung sungai menjerit ke arah kami. Agaknya budak ni mungkin baru berumur 9 tahun. Dia paling kecil dekat situ. Dari dalam hammock, aku mengangkat tangan melambai. Isyarat menunjukkan aku dengar panggilannya. Terus saja aku melayan perasaan dibuai hammock. “Abe! Mari la mandi. Ke Abe takut lemas?!” Budak kecil tadi sekali lagi menjerit dari arah sungai. Takut lemas? Tercalar eg

RIDE TO KENERONG, DABONG : PART 1

“Motor Kriss kawe ni boleh sampai Dabong ke? Jauh tu?” Soal Mat Yie sangsi. Dia masih ragu-ragu adakah motor Kriss usang kepunyaannya mampu untuk bergerak sejauh 124KM sehala dari Pasir Mas ke Dabong biarpun no plate motornya berbaris 3 angka. “Kita try Khamis ni macam mana. Kalau sampai, sampai la.” Jawab aku sambil kaki menguis-nguis tayar motor Mat Yie. “Mil, motor demo setakat pusing kawasan Pasir Mas boleh la. Nak jalan jauh mesti tak sampai.” Ada saja suara sumbang yang memperlekehkan motor Honda milik aku. Hampir setiap minggu, mesti ada sekali yang melontarkan ayat-ayat sinis. Hairan, walaupun jenama H, masih ada kasta. Jika motor, dipandang lekeh, jika kereta, disanjung tinggi. Apakah bezanya? Khamis kunjung tiba. “Yie, kita gi pacak khemah. Esok, Jumaat kita balik. Okay ke?” “Kawe beres belaka. Yang tak beres cuma motor kawe. Takut kena sidai tepi jalan.” “Jangan risau Yie. Kriss demo ni buatan Modenas. Modenas ni syarikat Malaysia yang keluarkan produk motorsikalnya sendiri.

MAKAN-MAKAN DI BINTULU, SARAWAK : RESTORAN SINONG THAI

Sesiapa yang datang ke Bintulu, Sarawak dan masih tercari-cari tempat makan yang sedap dan menyelerakan, aku cadangkan untuk pergi ke Restoran Sinong Thai. Pasti dan mesti tak menyesal. Rasa makanannya pasti tak menyesal, tapi kalau poket nipis, mesti menyesal di kemudian hari. Jalan-jalan Bintulu, lepas tu tak jumpa tempat menarik, bolehlah singgah di Restoran Sinong Thai sebab dekat Bintulu ni tidak ada sangat tempat menarik. Ada tempat yang menarik, tapi tidak banyak. Mungkin kerajaan tempatan perlu perbanyakkan lagi produk pelancongan di Bintulu sebab tempat sudah lawa dan bersebelahan dengan pantai. Restoran ini terletak di hujung sungai bersebelahan dengan Pengkalan Feri Bintulu. Berdekatan dengan Pasar Tamu. Nak senang, taip je Sinong Thai dekat Google Maps, pasti jumpa. Jadi, lokasi restoran ini berada di atas air. Nak kata terapung tu boleh la. Sebab ada di atas air kan? Kalau tak, namanya tenggelam. Restoran ini mengikut maklumat yang aku dapat, dibuka untuk makan tengah hari

TAPAK PERKHEMAHAN PASIR RAJA, KUALA KRAI, KELANTAN : CAMPSITE TENANG, AMAN DAN DAMAI

Tenang, aman, dan damai Perasaan untuk camping masih lagi membara setelah lama dikurung sebelum Kelantan memasuki fasa 3 untuk Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kali ini, aku cuba mencari campsite di sebelah Kuala Krai. Untuk masuk ke Lata Y (biar pun sudah berkali camping di sana) tidak kesampaian kerana tiada kenderaan 4x4 untuk merentas jalan balak yang penuh dengan lumpur. Basikal? Lupakan saja. Pengalaman lepas begitu perit dan pedih untuk diulang kembali. Dengan menggunakan Google Maps, aku mencari lata atau jeram sekitar Kuala Krai. Sebut sahaja Kuala Krai, sudah ada beberapa lata dan air terjun yang viral dan menjadi bualan di media sosial. Motif aku untuk camping adalah untuk mengelakkan daripada ramainya orang. Cuma ada bunyi sungai, bunyi cengkerik di kala malam dan bunyi-bunyi serangga saling bersahutan di hutan. Tiada hiruk-pikuk manusia lain yang tidak aku kenal. Sombong betul kan? Nombor pemilik tapak campsite Kuala Krai sudah tersohor dan masyhur dengan Air Terjun Istana Sa