HIKING KE GUNUNG BAH GADING & AIR TERJUN TIGOK PART 1
Lama berehat dari dunia hiking. Awal tahun
2020, naik Kem Baha, kemudian kahwin, kemudian PKP melanda negara dan masa
terus berlalu hingga ke tahun 2022.
Dan sekarang, Ogos 2022.
Aku berani menyahut cabaran untuk mengikuti
trip mendaki ke Gunung Bah Gading yang terletak di daerah Bidor, Perak. Hampir
2 tahun tidak aktif hiking, jiwa memberontak untuk masuk ke hutan dan memerah
keringat untuk ke puncak gunung.
Ada yang cakap Gunung Bar Gading, ada yang
cakap Bah Gading. Entah mana satu yang betul. Yang penting, dekat belakang,
bunyinya adalah GADING!
Bentuk gunung semacam gadingkah? Atau banyak
binatang bergading yang ada dalam trek pendakian untuk ke puncak? Apakah yang
menyebabkan gunung tersebut dipanggil dengan gunung Bah Gading? Wallahu a’alam.
Setakat ni tidak ada jawapan yang betul-betul tepat.
Mengikut trip yang dianjurkan oleh Mors untuk
kali yang ketiga. 2 kali sebelum ini adalah trip CBL dan trip Gunung Tahan
Merapoh – Merapoh. Malangnya trip kali ini gogonya iaitu Aziz tidak turut
serta. Gogo dengan trademark kasut adidas kampung putih dengan topi ala-ala topi
Jack Sparror versi moden.
Meeting point kami adalah di Masjid Muhtadin.
Cukup semua orang, kami gerak ke Medan untuk sarapan. Usai sarapan, di situ
juga gogo menghamparkan ground dan mengagihkan ration untuk setiap orang.
Hinggakan ada orang yang datang jenguk ingatkan ada jualan lelong.
Gogo siap briefing secara ringkas dan
memperkenalkan setiap line-up. Gogo juga meminta maaf kerana tidak dapat
mengikut sama untuk trip ini. Katanya ada hal yang tidak dapat dielakkan.
Entah, sebab apa.
Selepas itu, terus kami gerak ke Pos Gedung.
Perjalanan yang hampir sejam jauh ke pedalaman. Pos Gedung adalah kawasan orang
asli. Sebelum sampai ke Pos Gedung, akan bertemu dengan SK Senta. Petanda sampai
di Pos Gedung adalah bila sampai di SK Pos Gedung. Itulah tempat kami untuk
parking dan memulakan pendakian ke Gunung Bah Gading.
Ration company dimasukkan ke dalam beg. Semua
sudah siap sedia. Sebelum masukkan ration, aku timbang beg lebih kurang dalam
10-11 kg sahaja. Campur dengan ration company rasanya ada dalam 12 kg paling
maksimum. Rasanya ini beg yang paling ringan untuk trip hiking bermalam yang
aku join.
Guide untuk trip kali ini adalah Azizul Fitri
atau dikenali dengan nama Megu. Dia mengira line-up, dan mengeluarkan buku nota
kecil dari beg dia. Sebatang pen di tangan kanannya seperti mencatat sesuatu.
Cara yang old school dan rasanya tak ramai guide yang buat catatan seperti itu.
Mungkin catatan peribadinya.
“Jom bergambar,” Megu mengajak line-up untuk
bergambar.
“Jom! Kena bergambar masa tengah muka ada
banyak senyum.” Sampuk sorang line-up lelaki. Betul sangat. Kalau nak bergambar
masa turun nanti. Nanti muka banyak masam sebab penat.
Bacaan doa selamat mengiringi kami sebelum Megu
membawa kami jauh ke dalam hutan. Perjalanan menuju ke Bah Gading bermula.
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.