2017 sudah mahu melabuhkan tirai yang pasti tidak akan tersingkap lagi. Maka, tirai 2018 menjadi kesinambungannya. Masa yang telah pergi, tidak sesekali akan kembali namun ianya akan disingkap kembali bersama dengan neraca yang Maha Adil di padang masyar kelak. Diputar kembali masa untuk kita dipertanggungjawabkan apakah yang telah kita lakukan sepanjang masa tersebut dalam mengabdikan diri kepada Allah. Apakah lalai kita itu lebih banyak dari ingatnya kita kepada Sang Pencipta yang Maha Agung? Terkunci rapat bibir kita. Lidah kelu tidak bergerak seperti mana di dunia dahulu. Di dunia mungkin lidah ini yang paling berkuasa. Boleh sembang, mengaku yang diri ini hebat sehingga boleh terbangke bulan bahkan hingga galaksi yang diri sendiri belum pasti kewujudannya. Lidah, adalah raja manusia di dunia. Bermodalkan air liur anugerah tuhan. Siapa sangka, siapa yang dapat memberi jaminan apakah 2018 ini sempat kita habiskan. Yang tinggi imannya mungkin mengharap supaya dapat bertemu la...
melakar apa yang minda sering kusut