Skip to main content

PENGAKHIRAN 2017

2017 sudah mahu melabuhkan tirai yang pasti tidak akan tersingkap lagi. Maka, tirai 2018 menjadi kesinambungannya.

Masa yang telah pergi, tidak sesekali akan kembali namun ianya akan disingkap kembali bersama dengan neraca yang Maha Adil di padang masyar kelak. Diputar kembali masa untuk kita dipertanggungjawabkan apakah yang telah kita lakukan sepanjang masa tersebut dalam mengabdikan diri kepada Allah.

Apakah lalai kita itu lebih banyak dari ingatnya kita kepada Sang Pencipta yang Maha Agung?

Terkunci rapat bibir kita. Lidah kelu tidak bergerak seperti mana di dunia dahulu. Di dunia mungkin lidah ini yang paling berkuasa. Boleh sembang, mengaku yang diri ini hebat sehingga boleh terbangke bulan bahkan hingga galaksi yang diri sendiri belum pasti kewujudannya. Lidah, adalah raja manusia di dunia. Bermodalkan air liur anugerah tuhan.

Siapa sangka, siapa yang dapat memberi jaminan apakah 2018 ini sempat kita habiskan. Yang tinggi imannya mungkin mengharap supaya dapat bertemu lagi dengan Ramadan di tahun 2018. Yang banyak angan-angannya mungkin masih menghitung angan-angan 2017 yang masih belum lagi dapat dicapai. Entah ada ke tidak sebenarnya cita-cita 2017 di sisi mereka?

Ya, 2018. Umur semakin matang. Arghh,, persetankan umur. Jiwa ini masih lagi muda. Ada yang merasakan umur itu cuma angka. Jiwa lah yang memainkan peranan untuk membentuk angka-angka itu adakah ianya selari dengan raga yang terkandung roh ini. Biarpun umur aku sudah menjangkau 40 tahun, apa salahnya jika jiwa aku ini masih lagi muda dan bergelora seperti orang muda? Mahu bebas keluar malam dan melepak di kedai-kedai mamak sehingga jam 2 3 pagi. Tidak kah sama aku dengan pemuda-pemuda Melayu yang lain?

Ya, kamu masih muda wahai manusia sedangkan kakimu selangkah menapak ke lubang kubur.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.