Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019

Program Jaya Waris kali Kedua 2019

**Coretan ini cuma sebagai kenangan kepada pengalaman diri sendiri. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa. Boleh jadi sebagai pengajaran kepada diri sendiri. Peperiksaan Percubaan SPM sudah lama berlalu dan SPM sebenar tidak sampai sebulan lagi. Malam ini sekolah mengadakan satu program yang dinamakan Jaya Waris dan ini merupakan program yang sama diadakan kali kedua untuk tahun ini. Antara objektif program ini adalah untuk mengadakan perbincangan antara pihak sekolah dengan ibu bapa pelajar SPM bagi mencari jalan untuk meningkatkan pencapaian anak-anak dalam peperiksaan SPM. Yang terlibat adalah pihak pentadbiran sekolah, guru-guru yang mengajar subjek SPM dan ibu bapa pelajar tingkatan 5. Aku selaku guru SPS (Sistem Pengurusan Sekolah) terdetik untuk melihat analisa peperiksaan percubaan SPM baru-baru ini. Angka GPS menunjukkan prestasi sekolah tidak berada di tahap yang memuaskan hati semua pihak. Baik pihak sekolah mahu pihak ibu bapa. Hatta pihak YIK sekali mesti sangat tid