Program Jaya Waris kali Kedua 2019

**Coretan ini cuma sebagai kenangan kepada pengalaman diri sendiri. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa. Boleh jadi sebagai pengajaran kepada diri sendiri.

Peperiksaan Percubaan SPM sudah lama berlalu dan SPM sebenar tidak sampai sebulan lagi. Malam ini sekolah mengadakan satu program yang dinamakan Jaya Waris dan ini merupakan program yang sama diadakan kali kedua untuk tahun ini. Antara objektif program ini adalah untuk mengadakan perbincangan antara pihak sekolah dengan ibu bapa pelajar SPM bagi mencari jalan untuk meningkatkan pencapaian anak-anak dalam peperiksaan SPM. Yang terlibat adalah pihak pentadbiran sekolah, guru-guru yang mengajar subjek SPM dan ibu bapa pelajar tingkatan 5.

Aku selaku guru SPS (Sistem Pengurusan Sekolah) terdetik untuk melihat analisa peperiksaan percubaan SPM baru-baru ini. Angka GPS menunjukkan prestasi sekolah tidak berada di tahap yang memuaskan hati semua pihak. Baik pihak sekolah mahu pihak ibu bapa. Hatta pihak YIK sekali mesti sangat tidak berpuas hati.

Aku merenung dan berfikir sendirian yang markah digunakan untuk analisa peperiksaan percubaan ini belum lagi dikemaskini. Ini kerana pihak SPS telah mengemaskini gred terkini seperti yang dikehendaki oleh pihak YIK selaras dengan KPM. Ini akan meningkatkan lagi gred markah. Sebagai contoh, markah 75 sebelum ini dikira sebagai gred B, bila dikemaskini, markah 75 sudah dikategorikan sebagai gred A. Hari ini hari Jumaat, nampaknya tidak ada yang ingin bertanggungjawab untuk mengemaskini gred. Orang yang dipertanggungjawabkan juga nampaknya masih tidak berbuat apa. Sedangkan kertas analisa tu nak fotostat dan nak agihkan kepada ibu bapa pada malam nanti. Program dijangka bermula pada jam 8 malam.

Aku melihat analisa dan aku perasan subjek Tasawwur Islam tidak ada dalam analisa. Pang!! Haha. Patutlah GPS sekolah boleh rendah. Satu subjek tidak masuk list dalam analisa dan gred yang tidak dikemaskini. Hairan juga aku, tidak ada pula yang laporkan tentang subjek Tasawwur Islam yang tida ada dalam analisa. Pihak pentadbir juga mungkin tidak perasan dengan tercicirnya satu subjek. Sepatutnya benda ini tidak patut terjadi kerana peperiksaan SPM adalah peperiksaan yang besar. Bukan ingin menunding jari mencari salah, cuma sepatutnya Unit Peperiksaan peka dengan perkara sebegini.

Aku laporkan perkara ini ke dalam group whatsapp yang tidak rasmi. Dalam group tersebut ada PKHEM dan PKQ dengan harapan agar benda ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Aku pasti yang pihak pentadbir tidak mahu sekolah dihentam oleh ibu bapa pelajar dengan kesalahan-kesalahan seperti ini. Kesalahan ini sangat jelas yang ianya adalah kecuaian daripada pengurusan pihak sekolah. "Anak saya ambik Tasawwur Islam, tapi tak ada pun markah dia?", "Memang Tasawwur Islam tidak perlu dianalisa ke?". 

*****

Aku berada di dalam kelas al-Quran pagi. PKHEM datang dengan markah Tasawwur Islam di tangannya. PKHEM minta agar selesaikan semua permasalahan seperti yang aku laporkan kepada dia. Orang kata kalau tak nak cari kerja, buat senyap je kalau nampak salah. Haha. Kadang-kadang boleh pakai, kadang-kadang tak boleh pakai sangat apa yang orang kata.

Aku boleh je buat senyap, dan yang kena hentam dengan ibu bapa nanti adalah pihak pentadbir serta guru-guru subjek SPM yang terlibat dengan program itu. Ibu bapa sekarang bukan seperti ibu bapa zaman dahulu. Ibu bapa sekarang semuanya berpelajaran. Ada yang kerja cikgu, pensyarah. Bukan senang nak membodohkan mereka yang cerdik! Haha.

Lepas tu, pihak pentadbir akan salahkan Unit Kurikulum kerana cuai dan seterusnya Unit Kurikulum akan salahkan Unit Peperiksaan kerana tidak mengambil cakna. Lepas tu? Memang betul lah yang manusia sukar untuk menerima kesalahan sendiri. Setiap kesalahan sendiri mesti mencari ruang untuk menunding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan.

Aku masukkan markah subjek Tasawwur. Aku proses semula analisa dan kedudukan pelajar dalam sistem SPS. Aku kemaskini markah setiap kelas dan print semuanya untuk diserahkan kepada PKHEM. Harap-harap semuanya baik sahaja malam ini. Bukan nak cakap aku hebat, rajin nak buat semua ini. Cumanya aku coretkan di sini sebagai perjalanan kehidupan aku yang jumpa dengan macam-macam ragam manusia dalam mengurus sesuatu. 

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

hukum main mercun