TRIP GUNUNG TOK NENEK, LOJING Tarikh : 29 & 30 Jun 2018 (Jumaat & Sabtu) Tinggi : 1,916 meter/6,284 kaki Tempat : Lojing, Sempadan Kelantan Perak Bagi sesiapa yang inginkan pemandangan gunung yang tersangat cantik lagi mabeles, Tok Nenek adalah gunung yang boleh aku suggest untuk korang. Dari puncak gunung, pemandangan adalah 360 darjah dengan banjaran gunung-ganang yang menghijau. Sekeliling kamu cuma nampak gunung yang menghijau dengan pepohon kayu. Syaratnya, kamu mesti sampai ke puncak!! Haha. Dari puncak Tok Nenek, boleh nampak di sana Gunung Yong Belar Trip yang dianjurkan oleh Trip Kembara & Rekreasi (TKR) ini diketuai oleh gogo Tuan Muhd Arif. Mengikut tentatif, meeting point kami adalah di RnR Lojing pada jam 7.00 pagi. Aku, Muiz, Muzz, Muaz dan Firdaus telah bertolak pada pukul 11.30 malam dari Kota Bharu dengan dua buah kereta. Plan bertolak awal malam supaya sampai kat RnR nanti boleh la nak tidur sejam dua. Tapi, sebenarnya kami dah tak awal dah...
melakar apa yang minda sering kusut