Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

BERBASIKAL DAN CAMPING DI LATA Y, KUALA KRAI - PART 1

Air Terjun yang berbentuk huruf Y. Sudah banyak kali melintas di wall Facebook aku gambar Lata Y. Sungguh cantik. Airnya membiru, seperti kolam renang. Air terjun yang bercabang dua dan turun menjadi satu seakan huruf Y. Ahhh... seolah memanggil untuk menjenguk keindahan alam di sana. DI MANA LATA Y? Lata Y ini terletak di daerah Kuala Krai dan lebih tepat lagi berada di Batu Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan. Ianya hampir dengan sempadan negeri Terengganu. Dari Batu Mengkebang, perlu lalu jalan balak sejauh 19 KM untuk bertemu dengan Lata Y. Jalan balaknya masih aktif dengan lori-lori balak yang keluar masuk. Kalau search dalam google maps, ada tempat yang bertanda Lata Y. Kalau yang tak pernah sampai lagi dan plan nak berbasikal, download maps kawasan tersebut untuk digunakan ketika offline. Line telefon memang tak ada dekat sana. Kalau download siap-siap offline maps, nanti boleh guna biarpun tak ada data internet. PLAN LAST MINIT Aku punya plan adalah plan last minit. Plannya adalah...

SUP GEARBOX WARUNG ATAS PARIT

Sup Gearbox Namanya adalah Warung Atas Parit. Terletak di Lubok Jong, dekat dengan perumahan PR1MA Lubok Jong. Masuk lorang sebelah Taman Tengku Anis. Nanti masuk terus sahaja. Ada signboard tertulis Warung Atas Parit. Kedainya memang standard kedai warung yang berada di kampung. Tak jumpa juga korang waze atau search di Google Maps Warung Atas Parit. Pasti akan jumpa sebab aku sendiri dah cuba cari di Google Maps. Kebetulan masa aku pergi tadi hujan tengah turun renyai-renyai. Hujan-hujan pekena sup gearbox dengan daging goreng. Makan dengan nasi putih panas-panas. Emphhhh... Memang rasanya menghairahkan. Daging goreng Daging gorengnya memang sedap. Lembut. Selembut kapas. Terbaik. Katanya guna daging lembu tempatan. Bukannya yang import dan frozen. Usai makan, hirup pula air kelapa muda. Nyaman dan segar rasanya. Alhamdulillah. Harga? Sup Gearbox + daging goreng + telur dadar + nasi 5 pinggan + air kelapa muda 3 + 1 nescafe o ais = RM 68.00 Tak nak makan nasi? Boleh cuba mee celup. ...