Perlawanan final Kejohanan Futsal Sekolah-sekolah Menengah Agama Peringkat Kebangsaan sudah 5 minit berlalu. Para VIP dan tetamu jemputan sedang asyik melihat perlawanan antara SMKA Arau B melawan SMKA Syeikh Abdullah Fahim. Satu sekolah dari Perlis, satu sekolah lagi dari Pulau Pinang. Perak yang menganjurkan kejohanan, namun sayang tidak ada rezeki untuk mara ke peringkat akhir. Di gelanggang sebelah, kelihatan AJK Persiapan Tempat sedang sibuk menyusun pentas untuk majlis perasmian penutup. Mereka cuma ada lebih kurang 20 minit. Kalut! Semua nampak sibuk. Amin sibuk dengan speaker dan mikrofon. Ditarik wayar extension mencari plug terdekat bagi menghidupkan speaker. “Tarik… tarik… tarik belakang lagi wayar tu.” Arah Amin kepada Zahrul. Peluh yang kelihatan merecik di dahinya tidak dihiraukan. “Angkat meja mari sini. Hampar kain. Lepas tu susun hadiah atas ni.” Cikgu Ili yang bahagian hadiah tak kurang sibuknya. Memberi arahan kepada pelajar untuk membantunya. Tugasnya adalah menyusu
Hanzalah di tengah memakai baju belang إنا لله وإنا إليه راجعون Telah perginya sahabat kami, Ustaz Hanzalah dari dunia yang fana ini pada malam tadi. Ajalnya telah tiba. Takdir Allah. Tidak lewat seminit, tidak awal seminit. Awalnya, Ustaz Hanzalah dimasukkan ke hospital kerana kemalangan pada awal pagi ketika dalam perjalanan ke sekolah. Ketika itu, keadaannya tidak sedarkan diri. Doktor pula mengkhabarkan ada sedikit pendarahan dalam kepala. Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya. Seorang sahabat yang baik. Tidak pernah merungut jika diberikan kerja. Jarang menolak jika meminta pertolongan. Tuturnya tidak banyak dan bicaranya juga sopan dan tertib. Pernah dulu jika perlu mencari pengganti kelas al-Quran malam, Hanzalah adalah tempat untuk meminta pertolongan. “Lah, ganti kelas kawe malam ni boleh ke?” “Boleh. Beres!” Tanpa banyak tanya, tanpa banyak kerenah, terus saja dia menerima. “Lah, AJK Persiapan Tempat, boleh ke?” “Boleh.” Elok saja dia membereskan tempat untuk suatu program yan