Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Usbu' Mayyit

Minggu ni adalah minggu study week untuk student yang belajar dekat Arab Saudi. Aku tak pasti apa takwim and status universiti dekat Malaysia sebab ada sorang blogger tu update entry yang dia tengah mid sem break. UiTM Shah Alam. Tak tahu la dia punya cuti sendiri atau pun memang official daripada UiTm. Kalau ikut kira kan, takwim dekat sini kadang - kadang hampir sama dengan takwim universiti dekat Malaysia.  Setiap kali study week benda ni pasti terjadi. Selama hampir 4 tahun aku bergelar mahasiswa tanpa ijazah ni, selama itu lah terjadi. Benda yang kalau seminggu dua lagi nak study week, pada masa tu seolah diri begitu ghairah, sudah berkobar dalam hati semangat yang ingin study bersungguh - sungguh pada study week. Makin dekat,  makin tekad azam untuk study dan cover balik pelajaran dengan harapan final exam nanti dapat jawab dengan smooth. Semua ini terbukti bila datangnya study week itu sendiri. Itu semua adalah konon. Kononnya! Haha Kat sini memang tak guna ist...

Ops Pintu

Semalam adalah suatu hal yang menyebabkan hati tak henti-henti menyumpah seranah Arab buat suatu masa yang seketika cuma. Bengang tak habis dengan perangai Arab ni. Kadang - kadang sampai tak masuk akal kalau nak difikirkan. Tak tahu la macam mana otak diorang ni berfikir. Bukan budak lagi, dah berjanggut, berjambang dan bermisai apa semua. Tapi, perangai macam orang tak cukup akal. Ceritanya, kelas aku ada test pada pagi tu. Aku ambil seat yang second last dari belakang. Belakang aku tu ada satu seat dan belakang seat yang last tu adalah pintu kelas yang memang forever locked. Maknanya pintu kelas aku cuma beroperasi yang hadapan sahaja. Aku sempat membelek nota - nota sebelum lect datang untuk pass soalan. Lepas tu ada sorang Arab,  lenggang lenggok berjalan, datang duduk belakang aku. Aku buat tak tahu je. Bila lect sudah hampir sampai untuk menghulurkan kertas soalan, aku cepat - cepat menyimpan nota. Pada  masa yang sama, Arab belakang aku memanggil aku. Aku tole...

Kena Lanyak 6 - 3 dengan Man City

ENTRY ARSENAL Game semalam ternyata satu aib yang besar buat pasukan kita. Kena lanyak 6 - 3 dengan Manchester City. Kita mungkin dapat bagi alasan dengan bermain di tempat lawan. Tapi alasan tu hanya alasan budak sekolah rendah. Tak boleh nak pakai sangat kalau nak diikut kirakan. Macam tak boleh nak terima hakikat pun ada sampai 6 gol Shezni bolos semalam. Ternyata game lepas ni menjadi penentu Arsenal akan terus berada di puncak liga ataupun tidak. Arsenal akan menentang Chelsea di Emirates hari Isnin 23 haribulan nanti.  Wenger menurunkan Walcott sebagai kesebelasan utama menentang City. Ternyata Walcott memang berbisa dengan menjaringkan 2 gol. Satu harapan yang baru kepada Arsenal sementara Giroud ketandusan jaringan gol. Sagna pun turut turun sebagai kesebelasan utama. Cuma semalam tak tahu mana yang silapnya. City terlalu mudah menembusi benteng pertahanan kita. Lebih - lebih lagi bila pertahanan terbaik kita Koscielny terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan lutut d...

Tumpas 0 - 2 dengan Napoli

ENTRY ARSENAL Napoli turun bermain di gelanggang sendiri dengan misi menjaringkan tiga gol bagi melayakkan mereka ke peringkat seterusnya dalam UCL. Tapi, apakah yang terdaya kerana Arsenal menghalang perjalanan mereka untuk mara ke peringkat seterusnya. Mereka berjaya menumpaskan Arsenal dengan 2 - 0 pada malam ini tetapi mereka tetap tidak dapat mara berikutan Dortmund berjaya mengutip 3 mata dengan menumpaskan Marseille. Ayat skema kan? Tengah berlatih untuk menulis ruangan sukan ni. haha Game malam ni memang menghiburkan penonton Napoli dan mencemaskan penonton Arsenal. Kedua pasukan bermain dengan baik dan masing - masing mengekalkan tempo permainan yang agak tinggi. Game laju, dan saling berbalas asakan di pintu gol masing - masing walaupun asakan di gawang Napoli sedikit kurang mencabar kerana striker Arsenal adalah Giroud! Gol pertama yang dijaringkan oleh Higuain memang menggugat semangat juang pasukan Arsenal kerana seluruh stadium bergema dengan sorokan. Suatu suara...

Hanya Seri dengan Everton

ENTRY ARSENAL Perlawanan pada malam ni nampaknya hanya berakhir dengan keputusan seri 1 - 1 melawan Everton. Everton telah berjaya membuat Chelsea dan Liverpool tersenyum dengan keputusan ini. Seri dengan Everton hanya dapat mengutip satu mata di Emirates dan menjadikan jarak mata dengan pesaing terdekat iaitu Liverpool hanya berbeza dengan 5 mata. Game malam ni sungguh layu dan sayu. Pemain kita nampaknya kurang bertenaga dan Everton pula memang lawan yang kuat, bermain dengan baik dan mampu menjaringkaln gol penyamaan pada minit - minit terakhir. Shazwani  Jenkinson - Mertesacker - Koscielny - Gibbs Arteta - Ramsey Wilshere - Ozil - Cazorla Giroud Skuad yang biasa Wenger guna sekiranya tidak menurunkan Flamini sebagai first eleven. First half kita sangat teruk. Tidak dapat menguasai ball possesion. Bola banyak bermain di bahagian pertahanan kita berbanding pihak lawan. Passing kita pun banyak yang tak menjadi malam ini. Aku tengok, player Arsenal malam ...

Kena Try !!

Benda dalam gambar di atas ni adalah satu jenis makanan. Rupanya tak adalah menarik sangat tetapi rasanya memang sedap. Benda ni kalau tak silap aku, asalnya daripada Yaman, tak pun memang makanan orang Arab. Namanya adalah Maa'sub. Kalau sesiapa yang datang ke Saudi, atau pun Jordan, try la makan benda ni. Serius, sedap kaw. Harganya pula tak ada la mahal sangat. Kalau yang macam dalam gambar ni, satu mangkuk tu dalam SR 12  dan cukup untuk 3 orang makan yang mempunyai kapaisiti tangki simpanan yang sederhana besar.  Maa'sub ni makanan yang dicampur adukkan antara pisang dengan roti arab. Pernah sekali aku tengok diorang buat benda ni. Roti arab dikisar bersama pisang dan yang putih tu rasa aku ianya adalah krim sebab rasanya memang berlemak. Manakala yang hirisan kuning kat atas tu adalah cheese atau pun hirisan mentega sebagai penyeri dan penyedap rasa. Maa'sub ni biasanya memang sesuai untuk dibuat pelawas bagi yang sembelit.  Benda ni ada banyak nama. Keb...

Hati yang Rawan

Kekadang kita perlukan masa untuk bersendirian. Jauh dari hiruk pikuk manusia. Cuma ada tenang dan damai bunyi alam. Berteman dengan secawan kopi yang hitam lagi pekat di pagi hari pasti akan memberi kesan pada jiwa yang sedang kusut. Setiap orang ada cara tersendiri merawat pedih dan sakit di hati. Itu terpulang, cuma yang penting jangan biarkan ianya semakin jauh daripada Sang Pencipta. 

Arsenal Gembira di Gelanggang Cardiff City

Arsenal tidak mengecewakan semalam. Malah menguntumkan senyuman buat semua peminatnya. Arsenal menang game semalam dengan jaringan 3 gol tanpa dibolisi. Arsenal nampaknya tidak terkesan dengan kekalahan 1 - 0 kepada Man Utd. Mungkin menjadikan kekalahan itu sebagai motivasi untuk memperbaiki lagi mutu corak permainan. Arsenal bermain di gelanggang lawan dan dapat mengekalkan corak permainan dengan baik dan cantik.  Cardiff City bukan calang - calang pasukan. Mereka seri dengan Man Utd pada game terakhinya dengan 2 - 2. Mereka mengalahkan Manchester City dengan 3 - 2. Peminat Arsenal mungkin boleh berbangga dengan keputusan semalam apabila hanya Arsenal yang mampu membenam Cardiff dengan 3 - 0 di saat pasukan yang kuat gagal menundukkan Cardiff. Mereka underdog, itu tidak dinafikan. 2 gol dijaringkan oleh Aaron Ramsey. Satu gol hasil tandukan dari bola yang di'cross' oleh Ozil pada separuh masa pertama dan satu lagi gol pada minit terakhir dengan Walcott pencetus kepada...

Musim Sejuk di Madinah 2013

Musim sejuk kembali kunjung tiba di bumi Madinah. Agak lewat sebenarnya nak merasa sejuk kat sini. Seminggu yang lepas baru betul - betul sejuk. Sejuk yang sekitar 16 - 19 darjah celcius pada waktu pagi. Sejuk macam ni ada kalanya memang sejuk jika angin bertiup kuat. Senang je nak ukur kesejukan kat Madinah ni, kalau agak - agak tak boleh tahan tanpa sweater.. tu tandanya memang kesejukan betul lah tu. Kalau Malaysia, waktu - waktu macam ni memang musim hujan la. Sejuk tu sejuk juga, tapi sejuk dengan air hujan yang sentiasa turun, awan yang selalu mendung dan cahaya matahari terhalang untuk memancar bumi. Petanda awal masuknya musim sejuk kat sini adalah dengan malamnya menjadi semakin panjang. Bahasa senangnya, matahari terbit lewat dan terbenamnya pula adalah terlalu awal. Kalau dekat - dekat negara Europe, biasanya waktu akan diawalkan sejam bila masuknya musim sejuk ataupun winter ni. Bagi aku, memang aku tak berapa nak suka sangat kalau musim sejuk ni. Tak seperti seset...

Arsenal Kalah dengan Man Utd 0 - 1

Terkesima aku malam ni bila Arsenal kalah di gelanggang Man Utd dengan jaringan 0-1. Apakan daya, takdir sudah tertulis. Arsenal sudah kalah. Biasanya susah untuk Arsenal kalah di gelanggang lawan. Apa yang penting, Moyes sengih gembira dan fan Man Utd boleh berbangga untuk satu musim lagi. Terkesima dan terkedu memang ada sebab aku predict yang paling kurang pun Arsenal yang menang dengan Man Utd 1-0.  Player kita dah main macam biasa malam ni, cumanya taktikal Wenger sedikit berlainan. Mertesacker dan Rosicky tidak diturunkan sebagai kesebelasan utama disebabkan selsema. Vermaelan dan Flamini masing - masing mengambil tempat menggantikan mereka. Apa yang aku nampak pada malam ini ialah Wenger meletakkan Arteta dan Flamini sebagai defensive midfielder. Percaturan ini nampak sedikit cacat untuk Arsenal melakukan serangan dan ternyata pada 45 minit pertama Man Utd lebih banyak menguasai bola. Shazwani Sagna - Vermaelan - Koscielny - Gibbs Arteta - Flamini Ramsey - Ozil...

Difference in Love and Marriage

Just copy and paste : A student asks a teacher, “What is love?” The teacher said, “in order to answer your question, go to the wheat field and choose the biggest wheat and come back. But the rule is: you can go through them only once and cannot turn back to pick.” The student went to the field, go thru first row, he saw one big wheat, but he wonders… may be there is a bigger one later. Then he saw another bigger one… But may be there is an even bigger one waiting for him. Later, when he finished more than half of the wheat field, he start to realize that the wheat is not as big as the previous one he saw, he know he has missed the biggest one, and he regretted. So, he ended up went back to the teacher with empty hand. The teacher told him, “this is love… You keep looking for a better one, but when later you realise, you have already miss the person…” “What is marriage then?” the student asked. The teacher said, “in order to answer your question, go to the corn f...

Kekalahan Arsenal dengan Dortmund

Okay, kekalahan pertama Arsenal sejak 12/13 match tanpa kalah. Kalah di halaman sendiri pula tu. Sudah habis rekod yang ingin dibanggakan. Arsenal musim ni tidak dapat mengalahkan rekod unbeaten Arsenal zaman Henry. Tidak apa, ayat penyedap hati sentiasa ada. Musim depan ada lagi kan? Haha. Sebenarnya aku turut kecewa dengan kekalahan malam ini. Kalah di Emirates Stadium pula tu. Arsenal sudah bermain dengan baik pada malam ni. Walaupun pada awalnya gol kita sudah dibolosi oleh jaringan lawan, kita tetap bermain dengan baik sehingga Giroud berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit 40. Rintik - rintik salji turun berirama seakan bersedih dengan kekalahan Arsenal malam ni. Tidak mengapa, suatu pengajaran juga kepada fans Arsenal yang game ni memang sudah adat dia. Mesti ada je akan kalah sebab satu team tu tak selamanya akan perfect.  Berbalik kepada ulasan permainan tadi, pada minit 50 lebih, Arsenal memasukkan Cazorla menggantikan Wilshere. Kelihatan Wilshere cedera pa...

Pervert Men

Hari Isnin ni kalau dulu popular dengan Monday Blur, Monday Blues. Tapi sekarang ni tak tahu famous lagi tak. Blur ke Blues pun, waktu tak pernah menunggu kita, so.. wake up dan hadapi dengan beraninya. Tempis jauh - jauh segala gangguan yang mengganggu kita. Gangguan malas, gangguan tak bersemangat, gangguan mengantuk dan sebagainya. Jadi produktif, jadi aktif. Aku tulis ni sambil terasa dengan ayat aku sendiri, tertempek atas dahi sendiri.  Mukadimah biasanya tak ada kena mengena dengan perenggan kedua ni. Biasanya mukadimah tu cukup sebagai syarat biar pun hanya merapu dan merepek. Tapi, pointnya kena ada. Point yang ada faedah untuk pembaca dan juga untuk tuan blog sendiri yang secara pastinya pada suatu hari nanti akan menggeledah balik entry - entry dia sebelum ni. Suatu hari yang secara pasti dia pada masa tu sudah beruban jikalau panjang umurnya. Haha Perenggan no dua pun merepek juga. Perenggan ketiga nak cerita pasal gambar di atas ni je. Terjumpa dekat faceboo...

Arsenal vs Norwich : 4 - 1

ENTRY ARSENAL Fans Arsenal nampaknya boleh tersenyum lebar pada hari ni dengan kemenangan yang epic ke atas Norwich City semalam. Arsenal membenam Norwich dengan  jaringan 4 - 1 di gelanggang sendiri. Ini adalah suratan bukannya secara kebetulan. Tahniah kepada Arsenal dan juga Arsene Wenger. Nampaknya skuad yang dimiliki Arsenal sekarang ini adalah tengah top perform. Kekalkan prestasi ini hingga ke akhir musim untuk kita merembat sekurang - kurangnya satu trophy. Skuad Arsenal semalam nampak kelainan dengan first eleven adalah Santi Cazorla yang menggantikan tempat Ramsey. Mungkin ini adalah cara Wenger untuk membina keserasian antara Cazorla dan Ozil.  Shazwani  Sagna - Mertesacker - Koscielny - Gibbs Arteta - Flamini Ozil - Wilshere - Cazorla Giroud Ramai fans Arsenal yang nak Vermaelan main untuk first eleven pada match kali ini. Maybe sebab ada dalam news yang Vermaelan ni menyuarakan hasrat untuk berpindah ke kelab lain ekoran tidak mendapa...

Siapa Kita untuk Menghukum?

Kita kadang – kadang tidak sedar yang kita ni mudah sangat menghukum orang dengan pemerhatian kasar kita. Famous dengan  quote ‘don’t judge the books by their covers’ . Kadang - kadang kita rasa yang diri kita ini sudah cukup sempurna untuk menghukum orang itu macam mana. Merasakan diri kita ini sudah terlalu baik, tidak ada cacat cela dan kekurangan. Bila kita menghukum seseorang itu, secara automatik kita rasa kita sudah bagus. Padahal, ketahuilah yang sifat ini adalah tanda yang hati kita sedang memburuk secara perlahan. Jika tidak dibendung, nescaya ia akan berkudis dan bernanah dengan busuknya. Sebagai contoh, jika kita tengok orang perempuan tidak memakai tudung, tidak menutup aurat dengan sempurna, dedah sana sini, rambut berkarat, kita yang melihatnya spontan terdetik yang perempuan tadi adalah perempuan yang suka bersosial, perempuan bohsia mungkin, ataupun perempuan jahat. Seakan kita sudah pasti yang perempuan itu sudah ditakdirkan untuk berada di dasar ne...

Oh, Dublin!

Masa tengah scrolling home facebook aku. Aku terpandang satu gambar yang diupload oleh member baik aku masa kat sekolah rendah. Entah, tiba - tiba aku rasa macam gambar dia tu menggugat keinginan yang selama ni aku cuba kawal. Pada masa tu, hati aku tu mampu menahan sabar je. Mungkin rezekinya dahulu. Gambar tu bukan gambar apa pun. Just gambar passport yang dicop oleh imigresen Dublin. Entah, sejak bila lagi aku teringin sangat nak pergi melawat Dublin ni. Ada something yang istimewa sangat kot kat sana. Bila tengok dekat passport ni, aku dapat tahu yang kalau nak masuk Dublin or Ireland ni, dia akan bagi tempoh lebih kurang 10 hari je untuk stay kat sana. Tu aku rasa kalau kita masuk sebagai tourist. Macam kebiasaan di pintu masuk sempadan, biasanya pegawai yang jadi tukang cop tu akan tanya sebab kita masuk negara tu, tujuan apa, nak balik bila, bla bla bla... Kat Ireland pun lebih kurang juga kot protokol dia. Biasanya part ni leceh sikit, kekadang terpaksa menipu. Tapi ka...

Arsenal Hanya Seri dengan West Brom

ENTRY ARSENAL Arsenal menentang West Brom semalam seakan game yang epik dan mendebarkan buat Arsenal kerana pada awalnya kita memang diberi tekanan secara psikologi dengan kedudukan Arsenal 0 dan West Brom 1 sebelum berakhirnya babak masa yang pertama. Secara keseluruhan, kedua - dua team bermain dengan baik dan kita dapat tengok yang West Brom bermain dengan baik dan mampu menjadi pesaing kepada Arsenal. Berakhir babak masa kedua, Arsenal dan West Brom hanya berkongsi satu mata dengan keputusan 1-1 dan Arsenal nampak gah dengan kekal di puncak liga walaupun berkongsi mata dengan Liverpool. West Brom adalah antara team yang terbaik setakat ni. Membelasah Manchester United adalah bukti mereka dan Arsenal seakan telah berjumpa dengan pesaingnya malam tadi bila mana ramai peminat liga inggeris memandang West Brom dengan sebelah mata. Arsenal hanya menurunkan skuad yang menentang Napoli pada minggu lepas kecuali pertahanan kiri yang diganti oleh Jenkinson. Sagna mengalami hamstrin...

Menangani Masalah Writer's Block

Manusia kadang-kadang akan ada satu detik dan ketika yang dia akan jadi blur semacam je. Otak mereka semacam tidak berfungsi dengan baik. Seolah - olah mereka 'stuck' pada sesuatu kedudukan dan tidak dapat mara ke hadapan. Tidak tahu apa yang hendak dibuat dan diperbuatkan. Bila dalam keadaan semacam ni, manusia tadi dalam keadaan sedar, dia mengerti apa yang dialaminya dan oleh sebab itu, kadang - kadang dia akan merasakan yang dianya berada dalam keadaan yang bodoh. Sama juga keadaan yang dialami oleh seorang penulis. Istilah yang sering diguna pakai adalah 'writer's block'. Kondisi yang bertepatan dengan istilah ni adalah bilamana penulis mengalami kebuntuan serta kebantutan idea dan tidak dapat meneruskan penulisan. Benda ni tidak menentu dan bergantung kepada penulis tersebut berapa lama tempoh untuk writer's block ni. Ada yang hanya dalam 2 3 jam, dan ada juga yang sampai 2 3 tahun sehingga kariernya sebagai penulis berakhir dengan begitu saja. Ad...