Minggu ni adalah minggu study week untuk student yang belajar dekat Arab Saudi. Aku tak pasti apa takwim and status universiti dekat Malaysia sebab ada sorang blogger tu update entry yang dia tengah mid sem break. UiTM Shah Alam. Tak tahu la dia punya cuti sendiri atau pun memang official daripada UiTm. Kalau ikut kira kan, takwim dekat sini kadang - kadang hampir sama dengan takwim universiti dekat Malaysia.
Setiap kali study week benda ni pasti terjadi. Selama hampir 4 tahun aku bergelar mahasiswa tanpa ijazah ni, selama itu lah terjadi. Benda yang kalau seminggu dua lagi nak study week, pada masa tu seolah diri begitu ghairah, sudah berkobar dalam hati semangat yang ingin study bersungguh - sungguh pada study week. Makin dekat, makin tekad azam untuk study dan cover balik pelajaran dengan harapan final exam nanti dapat jawab dengan smooth. Semua ini terbukti bila datangnya study week itu sendiri. Itu semua adalah konon. Kononnya! Haha
Kat sini memang tak guna istilah study week. Kat sini ada istilah khusus yang menggantikan istilah study week iaitu (usbu' mayyit). Istilah bahasa arab yang maksudnya minggu mayat ataupun minggu kematian. Aku tak pasti kenapa study week ni diperjenamakan dengan nama yang begitu ekstrim dan sedikit eksotik dekat sini. Mungkin juga kerana, pada minggu study ni semua student akan jadi mayat kerana terlalu fokus dengan study. Mungkin la sebab Arab kan memang perangai dia macam - macam. Yang pasti, Sabtu depan aku dah start final exam.
ohhh .... sama eh takwim ? hurmm ... sama tak takwim dgn univ al azhar ? huhuhu ~~~
ReplyDeletebiasalah .. time study week memang agak tragis sekali .. pensel jatuh pun lambat sekali respon nak mengutipnya .. :3
salam ukhuwah fillah ... :3
menakutkan pulak gelaran tu ye
ReplyDeletepergh.. new vocab! noted! hehe
ReplyDeletebest of luck, bro ! :)
sekarang di most university kat malaysia tengah stud week :)
ReplyDeletedekat malaysia skrg ni minggu exam.. mcm seram je nama tu. hehe. anyway gudluck :)
ReplyDelete