ENTRY ARSENAL
Napoli turun bermain di gelanggang sendiri dengan misi menjaringkan tiga gol bagi melayakkan mereka ke peringkat seterusnya dalam UCL. Tapi, apakah yang terdaya kerana Arsenal menghalang perjalanan mereka untuk mara ke peringkat seterusnya. Mereka berjaya menumpaskan Arsenal dengan 2 - 0 pada malam ini tetapi mereka tetap tidak dapat mara berikutan Dortmund berjaya mengutip 3 mata dengan menumpaskan Marseille. Ayat skema kan? Tengah berlatih untuk menulis ruangan sukan ni. haha
Game malam ni memang menghiburkan penonton Napoli dan mencemaskan penonton Arsenal. Kedua pasukan bermain dengan baik dan masing - masing mengekalkan tempo permainan yang agak tinggi. Game laju, dan saling berbalas asakan di pintu gol masing - masing walaupun asakan di gawang Napoli sedikit kurang mencabar kerana striker Arsenal adalah Giroud! Gol pertama yang dijaringkan oleh Higuain memang menggugat semangat juang pasukan Arsenal kerana seluruh stadium bergema dengan sorokan. Suatu suara di corong mic melaungkan "Gonzalo..." dan seluruh stadium gamat dengan sahutan "Higuain!!!" FanNapoli wajib diberi pujian, membangkitkan semangat pemain Napoli secara halus dan telus.
Higuain menjaringkan gol pada minit 73 dan nampak selepas itu pemain Arsenal mengalami sedikit tekanan. Mungkin bertambah lagi tekanan sebab Napoli memang main secara pressure yang kaw - kaw sejak minit pertama lagi. Mereka patuh arahan Ancelotti. Dengar, taat dan patuh. Tekanan oleh pemain Arsenal dapat dilihat dengan jelas apabila Arteta dilayangkan kad merah pada minit 76 sejurus mengutip kad kuning kedua daripada pengadil. Musibah ke? Fan Arsenal mesti tak senang duduk bila Arsenal perlu bermain dengan 10 orang untuk masa yang berbaki lebih kurang 15 minit. Takut kena bahan dengan fan Man Utd la tu. Haha
Pada minit 93, Callejon menghadiahkan satu lagi gol buat Napoli di saat moral player Arsenal sudah down. Mungkin player Arsenal mahu game ni cepat - cepat dihabiskan. Sudah lesu dan lemau. Mungkin juga player Arsenal sudah tidak sabar menunggu pengadil meniup wisel penamat. Arsenal pada malam ini sudah bermain dengan baik. Kedua - dua pasukan bermain dengan baik cuma yang lebihnya Napoli adalah para penyokong dan peminatnya di stadium. Wenger menurunkan gandingan Rosicky, Cazorla dan Flamini untuk membentuk corak permainan yang bertempo tinggi. Semua orang dah boleh baca taktik Wenger ni.
Shazwani
Jenkinson - Mertesacker - Koscielny - Gibbs
Flamini - Arteta
Rosicky - Ozil - Cazorla
Giroud
Ramsey masuk menggantikan Cazorla pada minit 68 manakala Monreal masuk menggantikan Rosicky pada minit 74. Apa pun, Wenger dapat tersenyum kelat walaupun kalah pada malam ini dengan layaknya Arsenal ke peringkat kalah mati dalam Liga Juara - juara Eropah. Aku tahu apa yang Wenger fikirkan sekarang ini, adalah bagaimana untuk menghadapi Manchester City pada Sabtu nanti? City nampaknya menang dengan Bayern malam semalam dan Wenger mungkin sedikit resah memikirkan taktik dan strategi apa yang patut diguna pakai untuk menentang City. Wenger ada Giroud, tapi City ada Aguero yang purata setiap game akan menjaringkan gol. Hmmm..
**Please AW, beli striker yang power Januari nanti.
off topic..
ReplyDeletekalau nak beli jubah UAE & Khandoora kat Mekah & Madinah kat mana?
Area sekitar masjid tu ada je. dekat2 kawasan hotel ada je.
DeleteMakkah or Madinah. Boleh bagitau nama kedai yg jual?
ReplyDeleteMakkah or Madinah sama je. Banyak kedai yang jual. Sebab dia style deretan kedai macam tu. Nama pun kadang2 ada yang tak ada. Kalau dah pernah sampai Mekkah or Madinah tahula macam mana dan dapat je tengok kedai2 jubah tu.
Delete