Kekadang kita perlukan masa untuk bersendirian. Jauh dari hiruk pikuk manusia. Cuma ada tenang dan damai bunyi alam. Berteman dengan secawan kopi yang hitam lagi pekat di pagi hari pasti akan memberi kesan pada jiwa yang sedang kusut. Setiap orang ada cara tersendiri merawat pedih dan sakit di hati. Itu terpulang, cuma yang penting jangan biarkan ianya semakin jauh daripada Sang Pencipta.
Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat. Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...
nyanyian alam memang buat hati tenang.
ReplyDeletemasa pasti mengubati hati yang rawan...cuma perlu sabar dan tenang.
zikrullah. luangkan masa dengan kalam suci. InshaAllah, hati akan tenang. Moga sentiasa dekat dengan Sang Pencipta. ameen. Senyum! :)
ReplyDeleteOhh yaa.. Kelantan dah banyak hari hujan. Alhamdulillah, hari ni panas. Boleh jemur kain! hooyeahh. hehehe.. line tenet, slow. sangat menguji kesabaran.. peace! :)