Skip to main content

Kena Lanyak 6 - 3 dengan Man City

ENTRY ARSENAL

Game semalam ternyata satu aib yang besar buat pasukan kita. Kena lanyak 6 - 3 dengan Manchester City. Kita mungkin dapat bagi alasan dengan bermain di tempat lawan. Tapi alasan tu hanya alasan budak sekolah rendah. Tak boleh nak pakai sangat kalau nak diikut kirakan. Macam tak boleh nak terima hakikat pun ada sampai 6 gol Shezni bolos semalam. Ternyata game lepas ni menjadi penentu Arsenal akan terus berada di puncak liga ataupun tidak. Arsenal akan menentang Chelsea di Emirates hari Isnin 23 haribulan nanti. 

Wenger menurunkan Walcott sebagai kesebelasan utama menentang City. Ternyata Walcott memang berbisa dengan menjaringkan 2 gol. Satu harapan yang baru kepada Arsenal sementara Giroud ketandusan jaringan gol. Sagna pun turut turun sebagai kesebelasan utama. Cuma semalam tak tahu mana yang silapnya. City terlalu mudah menembusi benteng pertahanan kita. Lebih - lebih lagi bila pertahanan terbaik kita Koscielny terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan lutut dan digantikan dengan Vermaelan.

Shezni
Sagna - Mertesacker - Koscielny - Monreal
Ramsey - Flamini
Walcott - Ozil - Wilshere
Giroud

Subs : Vermaelan (Koscielny) 42', Gnabry (Flamini) 72', Bendtner (Giroud) 76'.

Banyak player yang tak perfomance semalam. Bagi aku, Flamini, Monreal dan Wilshere kurang memuaskan. Banyak kesilapan terlepas kawalan bola kepada pihak lawan yang antaranya menyumbang 2 gol kepada pihak lawan. Harap Wenger ada idea dan taktikal yang berkesan untuk menentang Chelsea pada Isnin nanti. Mungkin juga player kita semuanya keletihan kerana asyik rotate player yang sama? Mungkin juga Wenger boleh memberi peluang kepada Gnabry untuk kesebelasan utama? Yang pasti fan nak tengok permainan yang memuaskan walaupun kita tak dapat mengalahkan pihak lawan, yang penting tidak ada kesilapan - kesilapan yang remeh. Kan?

GOAL :

Man City : Aguero (14'), Negredo (39'), Fernandinho ( 50' 88'), David Silva (66'), Yaya Toure (96')

Arsenal : Walcott (31' 63'), Mertesacker (94')

Comments

  1. hihi ade tengok kat twitter ramai juga bahan arsenal :p

    p/s: kite baca je tau :p

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.