Harapan Bulan Ramadhan
Ramadhan hampir menjelma lagi. Rasanya sekejap sahaja. Itu hanya perasaan. Realitinya sudah 11 bulan ianya berlalu semenjak Syawal yang lalu. Apakah kita punyai rasa rindu kepada Ramadhan yang bakal bertamu? Ya, ianya tetap akan datang walaupun tidak diundang. Ramadhan selalu diertikan sebagai bulan yang mendidik. Boleh juga diertikan sebagai bulan untuk permulaan taubat. Ianya seiring dengan kesesuaian individu itu sendiri. Tapi, malangnya suasana di Malaysia seakan untuk menafikan kemuliaan bulan Ramadhan ini. Tengok sahaja bila masuknya awal Ramadhan. Pasaraya - pasaraya sudah menaikkan iklan di billboard jalanan tentang diskaun jualan mereka. Bahkan diskaun sehingga 90 peratus! Lihat sahaja di corong - corong radio, asyik memainkan lagu - lagu raya. Jika suasananya berterusan begini, sampai bila bulan taubat, bulan mendidik itu dapat diaplikasi dengan sebetulnya dalam jiwa kita? Saban tahun ianya akan berterusan sebegini. Tidak tahu salah siapa. Mungkin ianya sememangn...