Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2020

CERITERA : KAWAN DITEKAN DARI SEGENAP PENJURU

Pagi semalam ada jodoh untuk bertemu mata dengan sain aku. Dia ada banyak nama. Popular dengan nama ‘abey’. Kadang-kadang ada juga yang panggil dia dengan nama Ous. “Lama tak jumpa demo. Duk mengajar Besut lagi ke?” “Tu la. Lama sungguh tak jumpa demo. Kawe ada di Besut lagi.” “Demo nampak sibuk lani. Jarang balik Pasir Mas.” “Kawe bukan tak nak balik. Kawe sebenarnya ditekan dari banyak penjuru. Jadi kawe ambil jalan selamat. Duduk rumah sewa di Besut.” Ous mula menceritakan masalah. “Ditekan dari banyak penjuru? Bunyi macam berat tu masalah demo. Kena tekan macam mana tu?” “Kena tekan dengan bos kawe. Kiri atas kanan kiri.” “Ya la. Kena tekan apa tu? Kawe tanyo dari tadi lagi. Demo tak jawab.” Ambo pula yang tak sabar. “Rileks. Nampak demo pula tekan kawe ni. Kawe sebenarnya kena tekan orang suruh kawe menikah. Ma kawe, abah kawe, orang kampung kawe, ahli masjid kawe, sain-sain kawe, pensyarah kawe. Semua pakat duk tekan suruh kawe menikah!”

RESIPI DAGING BULGOGI TAK CUKUP BAHAN

Rupa macam daging kicap je ni. Si isteri mengadu letih, tak larat. Aku pun cuba faham apa maksud tersiratnya. “Ermm.. sayang rehat. Biar abang yang masak untuk makan malam.” Bukan susah nak baca apa yang tersirat dalam ayat kaum perempun. Senyum lebar si isteri. Si isteri dah bawa keluar daging dari freezer. Godek resipi daging bulgogi tapi hampa disebabkan resipi tersebut memerlukan bijan dan juga minyaknya. Daun bawang pun tak ada. Bahan lengkap tak cukup. Tapi apakan daya, terasa nak masak juga daging bulgogi. Jadi, aku modified sedikit. Minyak bijan itu aku ganti dengan minyak sawit. Daun bawang tu buat tak tahu je. Ini resipi yang aku modified.  Bahan A:- Daging yang sudah dihiris. Ikut suka nak hiris macam mana. *Bawang merah 5 biji *Bawang putih 6 ulas *Halia 1 inci (Kisar bahan bertanda *) Sos sotong Kicap Sos tiram Minyak masak Gaul dan perap daging yang sudah dihiris dengan Bahan A. Sekurang-kurangnya 1 jam. Letak dalam peti sejuk. Daging yang diperap dan diletak di dalam pet

PKPB : PUOK KELATE PAKAT BERKURUNG 21 NOV - 06 DIS 2020

Semalam telah diumumkan yang Kelantan akan mula melaksanakan PKPB bermula 21 November sehingga 6 Disember. Maka ada la yang otak kreatif lagi melucukan menterjemah PKPB itu kepada Puok Kelate Pakat Berkurung. Maksud yang lebih sama dengan makna asal PKPB iaitu Perintah Kawalan Berkurung Bersyarat yang mana secara umumnya semua kena duduk di rumah. Jangan bergerak kemana-mana. Pada masa yang sama, sudah ada beberapa negeri yang PKPB sudah tamat, antaranya adalah Terengganu dan Johor. Kelantan terpaksa dilaksanakan PKPB berikutan kes positif yang mendadak naik saban hari. Angka yang mendadak ini begitu merunsingkan pihak kesihatan dan juga orang ramai. Runsing fasiliti yang agak terhad dan runsing jika virus COVID-19 lebih cepat merebak menjangkiti orang awam. Antara kluster yang masih lagi aktif setakat ini adalah kluster Mengketil. Katanya Pengarah Kesihatan Malaysia, antara punca utama Kelantan mendapat virus yang mendadak ini adalah berikutan daripada manusia yang berada di zon merah

PdPR : KELAS HAFAZAN AL-QURAN SECARA ONLINE DI RUMAH

Langkah untuk memastikan pelajar tidak menipu Sekolah sudah ditutup bagi semua negeri biarpun negeri tersebut tidak melaksanakan PKPB. Sekolah ditutup bukan bermakna murid dan guru bercuti. Ini bermakna kena teruskan pembelajaran dan pengajaran secara atas talian seperti awal-awal musim PKP baru-baru ini. Bekerja di rumah. Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR). Ikutkan takwim baru yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini, sekolah akan mula bercuti pada 17 Disember. Disebabkan sekolah terpaksa ditutup gara-gara COVID-19, pembelajaran dan pengajaran terpaksa diteruskan juga sehingga 17 Disember 2020. Ini adalah salah satu cara kerajaan untuk memastikan rakyat tidak ketinggalan dalam pendidikan. Semua sudah maklum bila buat kelas atas talian akan ada pelbagai masalah. Masalah capaian internet tak laju, murid tak ada peranti, murid tidak beri kerjasama dan macam-macam lagi masalah yang wujud dan baru diwujudkan sama ada dari pihak murid ataupun

CARA MEMOHON PERMIT RENTAS NEGERI KETIKA PKPB

borang rentas negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dikuatkuasakan semula di semua negeri di Malaysia kecuali 3 negeri yang masih belum mencatatkan kes yang tinggi iaitu negeri Kelantan, Pahang dan Perlis. Dengan pengumuman PKPB, sempadan negeri juga turut ditutup dan tidak boleh dibenarkan merentas negeri termasuk 3 negeri yang tidak melaksanakan PKPB melainkan mempunyai permit kebenaran dari polis. Tidak dapat tidak, untuk yang ingin merentas negeri dan tidak mahu mengambil risiko diarahkan untuk berpatah balik oleh abang polis, lebih baik pohon permit di balai polis berhampiran. Jangan sesekali berani untuk memperjudikan nasib, bukan dekat. Nun di sempadan negeri. Ambik langkah selamat itu lebih bijak. Aku baru-baru ini telah memohon permit untuk merentas negeri di Balai Polis Daerah Pasir Mas atas alasan ingin mengambil adik yang telah diarahkan pulang oleh pihak kolej dan barangannya terlalu banyak untuk dia balik dengan bas. Jadi, alasan ini sangat munasabah d

BERBASIKAL DAN CAMPING DI LATA Y, KUALA KRAI - PART 2

Berlatang belakang Air Terjun Lata Y Ini adalah sambungan kepada bahagian 1. Sesiapa yang nak baca bahagian 1 boleh klik di sini . Perjalanan kami diteruskan. Belum sampai separuh perjalanan lagi. Ada lebih kurang 12 KM untuk sampai ke Lata Y. Dalam perjalanan, terdapat sebuah campsite yang cantik dan betul-betul berada di tepi sungai. Dari jalan balak, boleh nampak dengan jelas sebab kem itu rendah sikit berbanding dengan jalan. Kami tak turun jadi tak pasti cantik ke tidak suasananya.  View dari campsite Kebanyakan orang yang berbasikal ke Lata Y, mereka akan singgah di campsite ini. Bermalam dan rehat-rehat sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya ke Lata Y. Kami mengambil keputusan untuk terus lajak ke Lata Y. Lagipun dekat campsite itu nampak penuh dengan orang. Katanya ada kem yang diadakan oleh guru-guru seluruh negeri Kelantan. Latihan Jurulatih Kokurikulum. Kami meneruskan dengan rancangan asal untuk terus ke Lata Y dan bermalam di sana. Serius tak tipu. Airnya menghijau