Skip to main content

BERBASIKAL DAN CAMPING DI LATA Y, KUALA KRAI - PART 2

Berlatang belakang Air Terjun Lata Y

Ini adalah sambungan kepada bahagian 1. Sesiapa yang nak baca bahagian 1 boleh klik di sini.

Perjalanan kami diteruskan. Belum sampai separuh perjalanan lagi. Ada lebih kurang 12 KM untuk sampai ke Lata Y. Dalam perjalanan, terdapat sebuah campsite yang cantik dan betul-betul berada di tepi sungai. Dari jalan balak, boleh nampak dengan jelas sebab kem itu rendah sikit berbanding dengan jalan. Kami tak turun jadi tak pasti cantik ke tidak suasananya. 

View dari campsite

Kebanyakan orang yang berbasikal ke Lata Y, mereka akan singgah di campsite ini. Bermalam dan rehat-rehat sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya ke Lata Y.

Kami mengambil keputusan untuk terus lajak ke Lata Y. Lagipun dekat campsite itu nampak penuh dengan orang. Katanya ada kem yang diadakan oleh guru-guru seluruh negeri Kelantan. Latihan Jurulatih Kokurikulum. Kami meneruskan dengan rancangan asal untuk terus ke Lata Y dan bermalam di sana.

Serius tak tipu. Airnya menghijau. Dingin.

Akhirnya Pajero yang kami naiki berhenti bila dihadapan kami terdapat sebuah jalan bukit yang agak tinggi. Driver kami, Hasif dengan yakin meneruskan perjalanan dengan gear 1. Tiba-tiba, Pajero kami semput dan mati di tengah-tengah pacak bukit. Cemas dan mendebarkan. Brek sudah tidak berfungsi. Aiman yang berada di tepi cuba mengangkat handbrake. Tapi tetap tidak merubah apa-apa. Pajero semakin berundur ke belakang. Sedikit demi sedikit kelajuan mengundurnya bertambah.

View campsite dari seberang sungai

Aku tengok Hasif sedikit kalut. Cuma memusingkan stereng untuk mengurangkan impak berlanggar. Di belakang kami cuma ada anak sungai tetapi terdapat sebongkah batu yang besar. Risau terhentak batu tersebut. Berkecai cermin Pajero nanti. Danish yang berada di tepi aku cuba mengarahkan Hasif untuk memutarkan stereng ke arah kiri untuk mengelakkan daripada terhempap batu. Aku? Tenang. Cuma doa dan tawakkal agar tidak terjadi apa-apa.

This is Lata Y

Disaat akhir, Hasif dapat memutar stereng ke arah kiri seperti arahan Danish. Syukur kami selamat dari terlanggar dengan batu besar. Pajero betul-betul berhenti dalam anak sungai yang cetek. Kami berbincang dan memberi pendapat yang Pajero ini tak dapat naik dengan gear biasa. Kena guna gear double. Guna fungsi 4x4. Biar tayar di hadapan turut digerakkan dengan enjin.

Aik? Ada juga gambar dia.

Akhirnya, Pajero dapat naik sampai ke atas. Melepasi bukit yang tinggi tersebut dengan bantuan gear double. 3 orang yang berbasikal pun turut sampai tetapi seperti yang dijangkakan, mereka tak mampu untuk mengayuh basikal melepasi bukit tinggi tersebut. Sedangkan Pajero guna gear double, inikan pula basikal bertayar dua. Tolak basikal la jawapannya.

Campsite kami. Angin yang tak putus berhenti. Tenang.

Sampai di atas, mengah juga rasanya. Aku pun terdetik untuk tengok maps. Jauh lagi ke perjalanan ke Lata Y. Bila ditenung maps, rasanya kami sudah tersasar dari laluan ke Lata Y. Sepatutnya kami tak perlu menaiki bukit tinggi tersebut. Kami sepatutnya mengambil jalan ke kanan sebelum mendaki bukit tinggi tersebut. Silap kami sebab tak tengok maps. 

Salah seorang dari Abang Perodua Kembara

Ketika berada di sana, ada 3 buah kereta Perodua Kembara yang turut ingin ke Lata Y. Kata kawan mereka, mereka sudah berada di jalan yang betul untuk ke Lata Y dengan menaiki bukit tinggi tersebut sebagai bukit yang akhir sekali. Jadi mereka meneruskan untuk pergi terus sedangkan kami sudah membuat keputusan untuk patah balik dan mengikut laluan google maps. Antara manusia dan peta, aku pilih untuk lebih percayakan peta. 

Hantu air tanpa baju

Tak sampai 2 KM perjalanan kami. Akhirnya kami sampai di Lata Y. Kami puas. Akhirnya bertemu juga dengan Lata Y dengan berpandukan dengan google maps yang sepenuhnya guna GPS. Tiada bantuan internet. Keletihan menaiki Pajero terubat dengan hembusan angin dan juga bunyi deruan air terjun. Ahhh... nikmanya ya Allah.

Ketika itu, 2 orang yang masih berbasikal tidak lagi sampai. Aiman dan Koha. Kami sudah risau. Takut mereka tersalah jalan dan hilang seperti kes Acap. Penat aku nak menjawab dengan mak bapak mereka. Aku berkira-kira, kalau sejam lagi mereka tidak sampai, kami terpaksa pergi mencari mereka dengan Pajero.

Yang paling padu. Non-stop berbasikal offroad hingga Lata Y. Salute!

Lebih kurang setengah jam kemudian, kelihatan muka Aiman di balik pepohon hutan. Nampak keletihan. Nafasnya mengah tetapi yang hebatnya dia menolak basikalnya sampai ke campsite kami. Gigih berusaha. Tapi itu semua cuma usahanya untuk bergambar dengan basikal yang berlatar belakang air terjun Lata Y. Akhirnya, segala kerisauan berhubung kehilangan mereka lenyap menari di dalam kotak minda kami.

Gila gambar. Yang muntah ontrek.

Aktiviti kami kemudiannya adalah makan nasi bungkus yang berlatar belakang air terjun dan seterusnya adalah mandi air terjun. Air yang kehijauan seolah menarik-narik kami untuk kami terjun ke dasarnya. Ahhh... sungguh segar setelah menempuh liku-liku perjalanan sebelum sampai ke sana. Puas. Kami terasa puas dapat sampai ke sana. Bunyi air terjun yang menderu, angin yang menyapa kami, sungai yang tak putus-putus mengalir, semua terasa seperti meresap ke dalam diri kami. Alam, kami terasa kewujudan mu.

Pekena nasi bungkus bertemankan sungai yang mengalir.

Malam itu, kami barbeku. Minum kopi panas. Berborak mengimbau kenangan-kenangan yang lepas dan semuanya terasa pantas berlalu. Sepanjang masa, angin tak pernah berhenti membelai wajah-wajah kami. Tenang. Cuaca pula begitu baik pada malam itu. Nampak sinar bintang yang seakan memayungi kami. Moga rahmat Allah juga memayungi kami.

Barbeku kambing perap Mr. Kiwi

Slurpppp... kopi panas dihirup. Nyaman. Bahagia. 

Ayuh... kami mahu pulang.

Comments

  1. bestnya camping.. lama tak buat aktivit ni sejak habis study. air memang cantik dan tak tercemar

    ReplyDelete
  2. Assalam, is it possible if i wanna use your pic in my assingment video ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.