Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2024

GURU KANAN PEMBUAT GARISAN PADANG

Di bawah terik panas matahari itu, ada satu sosok tubuh manusia gigih menolak kereta kecil berisi minyak hitam. Tubuhnya sedikit bongkok disebabkan pemegang kereta penolak minyak itu kecil. Keringatnya yang terbit di dahi berjujuran jatuh. Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Walaupun pagi, hangatnya sudah terasa. Bahangnya menerpa ke wajah. “Mil, mari la tolong buat sekali.” Pinta Azu. Dari sesosok, sudah menjadi dua sosok. Kemudian, menjadi 4 sosok bila 2 orang pekerja pembersihan turut datang membantu. “Mu tahu tak? Budak nak lari esok, tapi line padang tak ada lagi.” Tanya Azu. “Tahu Zu. Tapi siapa sebenarnya bahagian buat line padang ni? Mu ke?” Tanya aku. “Orang lain. Tapi SU Kokurikulum minta tolong aku untuk buat line padang.” Jawab Azu. “Boleh ke GK yang buat? Takkan GK yang turun padang buat line? Panas pula ni. Nanti hangus.” Soalan yang sengaja ditanya untuk menghangatkan suhu badan Azu. GK adalah singkatan kepada Guru Kanan. Guru Kanan pula adalah jawatan terbesar yang ada selep

BALIK MUADZAM SHAH

'Balik atau tak balik ke Muadzam Shah?’ Hatiku masih lagi berteka-teki. “Bila abah nak mari dekat Hatim?” Terimbas pertanyaan anak aku ketika panggilan video tempoh hari. Hati ini masih berbolak-balik. Sesi persekolahan berbaki 10 minit lagi sebelum boleh cap jari untuk balik. “Mil, hari ni kita bertugas jadi pengiring budak solat Jumaat?” Sapa Zul. “Kita ke jadi guru pengirig? Dah ada jadual ke?” Aku pula bertanya untuk kepastian. “Rasa macam kita. Mu nak balik ke? Mu balik la. Budak biar aku uruskan.” Kata Zul. Bertugas jadi guru pengiring solat Jumaat ni memang ada pasangannya. Semuanya guru lelaki. “Tak apa Zul. Aku jaga sekali la. Tak seronok pula masa kita bertugas asyik tak ada je.” Bila bertugas guru pengiring, seolah-olah waktu balik jadi pukul 2 petang. Serentak dengan budak balik ke sekolah semula selepas solat Jumaat. Jika tidak, waktu baliknya adalah pukul 12.30 tengah hari. Usai solat Jumaat, Allah memudahkan aku untuk membuat keputusan. Minggu ini balik. Nekad! Keput