Skip to main content

BALIK MUADZAM SHAH

'Balik atau tak balik ke Muadzam Shah?’ Hatiku masih lagi berteka-teki.
“Bila abah nak mari dekat Hatim?” Terimbas pertanyaan anak aku ketika panggilan video tempoh hari.
Hati ini masih berbolak-balik.
Sesi persekolahan berbaki 10 minit lagi sebelum boleh cap jari untuk balik.
“Mil, hari ni kita bertugas jadi pengiring budak solat Jumaat?” Sapa Zul.
“Kita ke jadi guru pengirig? Dah ada jadual ke?” Aku pula bertanya untuk kepastian.
“Rasa macam kita. Mu nak balik ke? Mu balik la. Budak biar aku uruskan.” Kata Zul. Bertugas jadi guru pengiring solat Jumaat ni memang ada pasangannya. Semuanya guru lelaki.
“Tak apa Zul. Aku jaga sekali la. Tak seronok pula masa kita bertugas asyik tak ada je.”
Bila bertugas guru pengiring, seolah-olah waktu balik jadi pukul 2 petang. Serentak dengan budak balik ke sekolah semula selepas solat Jumaat. Jika tidak, waktu baliknya adalah pukul 12.30 tengah hari.
Usai solat Jumaat, Allah memudahkan aku untuk membuat keputusan. Minggu ini balik. Nekad! Keputusan sudah dibuat.
Pukul 2.45 aku bergerak meninggalkan bumi Kelimat. Destinasi pertama adalah ke Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Ada dokumen yang perlu dihantar terus ke JPN Perak.
Selesai urusan di sana, langit mulai gelap seakan mahu mencurah air yang lebat. Aku bergegas. Pukul 4 petang, aku sudah berada di Lebuhraya Utara-Selatan. Membelah angin yang sudah terasa sejuknya.
Awan yang gelap tadi seolah-olah mengejar aku. Akhirnya, hujan lebat tumpah juga di Tapah. Butir-butir air yang kasar bentuknya jatuh menimpa badan aku.
“Ya Allah, jadikanlah hujan ini adalah hujan yang bermanfaat!”
Tak lama. Hujan sudah berhenti. Aku berhenti di Petronas Kuala Kubu Bharu. Solat asar dalam keadaan pakaian yang masih lagi basah. Baru aku tahu ada hikmahnya surau di stesen minyak kebanyakannya tidak meletak karpet.
Aku menerus lagi perjalanan. Mendaki jalan Batang Kali - Genting Highland. Jalan ini masih lagi ditutup kerana kerja pembaikian jalan masih lagi berjalan. Jalan ini dulunya gempar dengan kejadian tanah runtuh yang menghempap kawasan perkhemahan. Kemudian aku menurun untuk susur keluar di Genting Sempah. Menuju ke Karak, Temerloh dan Bera. Sampai di Bera, baju yang basah dek hujan tadi sudah kering. Tapi tidak lama.
Jauh di hujung sana, aku lihat kilat sabung-menyabung. Cahaya kilat tadi amat terang kerana langit sudah mulai gelap. Sesekali angin kuat datang menghempas cermin topi keledar. Tangan yang memegang hendal dikuatkan agar motor tidak hilang kawalan.
Hujan rintik-rintik mulai turun yang sesekali disertai dengan bunyi guruh. Aku berhenti di Petronas Sebertak. Stesen minyak yang terakhir sebelum sampai Muadzam Shah. Jalan selepas ini adalah jalan yang penuh kegelapan dan juga kesunyian. Jalan ladang kelapa sawit sejauh 80 kilometer.
Baru 5 kilometer memasuki ladang kelapa sawit, hujan sudah mula lebat. Jam menjukkan pukul 9 malam. Mulut aku tidak putus berdoa semoga Allah memudahkan perjalanan aku malam ini.
Ada lori dan sesekali ada dua tiga buah kereta di atas jalan tapi aku tidak menunggu lama. Satu persatu aku potong memandangkan kenderaan mereka sudah perlahan dek hujan yang semakin lebat.
Aku tidak berhenti. Jarang sekali aku berhenti kenderaan bilamana hujan turun. Basah pun tidak peduli sebab destinasinya adalah rumah.. Hujan yang turun, masa berhentinya masih lagi tidak ketahuan.
Sudah 30 kilometer perjalanan meredah malam yang gelap. Hujan yang lebat seakan tidak ada tanda untuk berhenti. Sesekali aku melihat ada banyak daun-daun hijau bersama ranting-ranting kayu di atas jalan. Ia menunjukkan angin kencang yang memulas daun dari dahan baru sahaja berlalu.
Tiba-tiba di sana, aku lihat ada lori berhenti. Tidak bergerak. Di belakangnya ada 2 buah kereta yang tidak juga bergerak. Lampu belakang dan lampu depan kedua-duanya menyala.
‘Mengapa berhenti? Kemalangan ke?’ Aku bertanya pada diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-