Skip to main content

GURU KANAN PEMBUAT GARISAN PADANG


Di bawah terik panas matahari itu, ada satu sosok tubuh manusia gigih menolak kereta kecil berisi minyak hitam. Tubuhnya sedikit bongkok disebabkan pemegang kereta penolak minyak itu kecil. Keringatnya yang terbit di dahi berjujuran jatuh. Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Walaupun pagi, hangatnya sudah terasa. Bahangnya menerpa ke wajah.

“Mil, mari la tolong buat sekali.” Pinta Azu.

Dari sesosok, sudah menjadi dua sosok. Kemudian, menjadi 4 sosok bila 2 orang pekerja pembersihan turut datang membantu.

“Mu tahu tak? Budak nak lari esok, tapi line padang tak ada lagi.” Tanya Azu.

“Tahu Zu. Tapi siapa sebenarnya bahagian buat line padang ni? Mu ke?” Tanya aku.

“Orang lain. Tapi SU Kokurikulum minta tolong aku untuk buat line padang.” Jawab Azu.

“Boleh ke GK yang buat? Takkan GK yang turun padang buat line? Panas pula ni. Nanti hangus.” Soalan yang sengaja ditanya untuk menghangatkan suhu badan Azu. GK adalah singkatan kepada Guru Kanan. Guru Kanan pula adalah jawatan terbesar yang ada selepas 4 orang pentadbir sekolah.

Azu bangun membetulkan seluar. Baju t-shirt berkolarnya tersemat kemas di dalam seluar. Penampilannya ada karisma.

“GK tak GK… tak ada orang dah nak buat. Esok budak nak lari. PK KO pun ada bagi tahu. Dia minta tolong siapkan line padang.” Jawab Azu tenang.

“Lagi pun aku tak boleh Mil. Kalau orang minta tolong, aku jadi serba salah. Memang kita ada pangkat, tapi tu dekat dalam sekolah. Dekat luar, kita nak berkawan lagi dengan mereka. Kalau kita nak minta tolong dengan mereka nanti macam mana? Dibuatnya mereka tak nak tolong kita?” Itu lah Azu. Badan sado, jiwa turut sado.

Azu berjalan mundar-mandir. Di tangannya tersemat tali pita pengukur. Selain marker, rasanya ini alat wajib yang dipegangnya ketika berada dalam sekolah. Azu menarik pita pengukur, kemudian dia membuat tanda. Sesekali dia menggaru kepalanya yang berambut pendek. Dia melihat ke hujung padang, kemudian merenung kembali tempat yang ditandainya.

“Aku rasa mu ada sebab lain Zu. Ada agenda lain buat line padang. Kan?” Aku menduga Azu. Matahari sudah tegak di atas kepala. Garisan baru siap satu.

“Sebab apa lagi?” Kening Azu mula berkerut. Dahinya yang berpeluh nampak bersinar bila terkena sinaran terik matahari. Seakan tidak puas hati.

“Sebab SU KO kita tu bujang kan? Kan?!”

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.