Skip to main content

CERITA KE ULU KENAS, KUALA KANGSAR


“Esok jadi tu, kita pergi ride sarapan pagi.” Tegas Khairum. Mungkin dia risau aku terlupa.
Sambil bertanya, tangan dia sibuk menekan papan kekunci komputer riba di mejanya. Badannya tegak, berkemeja dan lengkap bertali leher. Nampak sibuk, mungkin juga buat-buat sibuk.
“Boleh Yum. Alang-alang sarapan, kita lajak la pergi jeram ke, sungai ke, kita bakar-bakar ayam. Ajak sekali Ustaz Mizwan, lama dah dia rancang nak bakar-bakar tepi sungai.” Jawab aku. Memang rancangan untuk BBQ tepi sungai ni cetusan oleh Ustaz Mizwan 2 tahun lepas.
Khairum masih lagi leka dengan komputer ribanya. Tengah syok menaip, tiba-tiba dia menekan butang ‘backspace’ tanda ada perkataan yang tersalah taip. Wajahnya serius.
“Ya… ya… Ustaz Mizwan lama dah nak pergi. Nanti kawe ajak. Kita nak pergi mana lepas sarapan?” Sambil menaip, sambil bercakap. Mungkin ini kelebihan yang ada dekat Khairum sehingga PK HEM sekolah selalu berurusan dengannya.
“Kita pergi Ulu Kenas. Nak sarapan dekat Kuala Kangsar kan? Boleh la tu lajak ke Ulu Kenas. Kita dua je ke?” Soal aku.
“Zikri nak ikut. Setakat ni tiga orang. Yang lain kita ajak dalam group whatsapp. Ayam biar kawe perap!” Jawab Khairum. Matanya masih tidak beralih dari skrin komputer riba.
Itu kalau nak bakar ayam Khairum dah peram. Kalau nak makan daging salai lemak cili api boleh beli yang ni https://s.shopee.com.my/4ptstRdfaO Panaskan dalam air panas sahaja boleh terus makan dengan nasi putih panas-panas.
Keesokan paginya langit kelihatan mendung. Hujan gerimis baru sahaja turun membasahkan tanah di Kampung Kelimat.
“Yum, jadi ke? Hujan ni kat Kelimat.” Tanya aku pada Khairum melalui panggilan telefon.
“Sini mendung je. Kira jadi. Demo mari dulu kat Taman Makmur ni.”
“Okay, dengan kawe ada Wardi sekali. Kawe, Zikri dengan Wardi gerak dah ni.” Aku mematikan butang panggilan.
Tak sangka pula Wardi atau nama lainnya Profesor nak ikut sekali. Umurnya hampir menjangkau angka 50. Di celah-celah rambut hitamnya sudah kelihatan uban yang memutih. Jiwanya masih muda.
“Nak pergi ke?” Tanya aku dekat Wardi. Usai solat Subuh terus aku mengetuk pintu rumahnya.
“Boleh. Tapi kena pergi dengan RGV la. Kalau naik Honda C70 tak sampai.” Jawab Wardi. Maksud RGV adalah jentera jenama Suzuki model RGV. Bunyi ekzosnya amat nyaring dan garing.
Aku bertiga sampai di Taman Makmur.
Khairum sudah bersedia. Topi keledar dan sarung tangan sudah sedia tersarung. Honda RSX kepunyaanya juga nampak bersinar seperti baru digilap.
“Mana Ustaz Mizwan?” Tanya Zikri.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.