Berhati - hati Ketika Berada di Tanah Suci

Mungkin masih ramai yang mengganggap orang - orang yang berada di sekitar Mekah atau Madinah semuanya adalah baik - baik belaka. Tidak salah untuk bersangka baik terhadap semua orang bahkan itu adalah yang lebih baik dan lebih elok. Namun, perlu diingatkan yang tempat yang suci, tempat yang mulia tidak menjamin bahawa manusia - manusia berada di dalamnya turut mulia. Dalam kawasan Tanah Haram (Mekah dan Madinah) ada sahaja pencuri - pencuri dan penyeluk saku. Mereka itu Islam tetapi mereka seakan tidak takut dengan hukuman Allah even Kaabah berada dekat dengan mereka ataupun kubur Nabi S.A.W hampir dengan mereka. Sebab itu, mana - mana jemaah yang datang menunaikan umrah ataupun haji, diminta untuk berhati - hati. Sentiasa mengambil berat tentang dompet yang berada dalam saku ataupun kocek lebih - lebih lagi selepas melakukan urusan penukuran mata wang. Terbaru, ada satu kes yang mana ada seorang lelaki yang dipercayai ahli Syiah yang menyamar sebagai perempuan. Menyamar perempuan ...