CAMPING DI KUALA BALAH, JELI : TOK BATIN FOREST CAMP
View mengadap kaki bukit dan juga sungai mengalir perlahan. Berteman kopi di pagi yang dingin. Sungguh asyik. Sebaik sahaja kerajaan mengumumkan berita gembira buat indvidu yang telah cukup divaksin dengan dua dos, rancangan untuk pergi camping diatur dengan secepat yang mungkin. Macam biasa, yang diatur dengan cepat ni biasanya lebih menjadi rancangannya berbanding dengan rancangan yang diatur memakan masa berbulan-bulan. Di tebing sungai sebelum pergi ke campsite Sungai yang berada di sebelah lagi. Sungai ini arusnya deras berbanding sungai yang sebelah lagi yang berada dalam gambar di atas. “Nak camping mana kita ni?” kawan aku terus menelefon bertanya port camping. Nampaknya dia juga tidak sabar untuk camping. “Boleh belaka. Asal camping jah. Ada hutan, ada sungai, ada bunyi-bunyi cengkerik, kira jadi.” Jawab aku. Ciri-ciri untuk camping bagi aku tidak banyak. “Jom Lata Y?” bunyi macam mengajak, tapi masih lagi dalam nada pertanyaan. “Lata Y jauh sangat nak offroad. Kita nak s...