Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Terbaru!! Jadual Muqabalah (Temuduga) bagi Permohonan Masuk ke Universiti Qassim, Arab Saudi.

Jadual Muqabalah bagi permohonan Qassim Universiti Arab Saudi Kuala Lumpur/Selangor - 8 Ogos 2014 Kelantan - 11 Ogos 2014 Kedah - 13 Ogos 2014 Johor - 15 Ogos 2014 Dokumen yang diperlukan: 1. Sijil SPM dan ke atas (Kalau boleh dalam bahasa arab) 2. Salinan surat beranak (Kalau boleh dalam bahasa arab) 3. Salinan Pasport (Jika ada) 4. 2 Tazkiyah (Dari mana-mana individu) 5. Gambar size passport 2 keping *Tempat muqabalah di negeri-negeri lain akan diupdate kemudian *Urusan muqabalah tidak akan dijalankan bagi pihak muslimat, permohonan muslimat akan diberitahu setelah mendapat maklumat lengkap dari pihak universiti nanti *Muqabalah akan dilaksanakan dalam bahasa arab *Jadual boleh berubah mengikut keadaan dan akan diberitahu secepat mungkin di FB * Bidang pengajian yang melibatkan perubatan tidak disediakan di Qassim University * Bagi permohonan muqabalah peringkat master dan Phd pula, sila email resume anda pada almunawwarah90@gmail.com. Sertakan no. tel untuk dihubun...

Status Hadis ; Tuntulah Ilmu Walau ke Negeri China

Hati - hati bila menyandarkan sesuatu perkara kepada Nabi kita s.a.w. "Tuntulah Ilmu Walau ke Negeri China." Kita seringkali mendengar ungkapan ini melalui lidah - lidah ustaz di negara kita. Sama ada di masjid atau pun di majlis - majlis ilmu. Para ustaz ini mendakwa yang rangkap itu adalah hadis ataupun ucapan daripada Nabi kita iaitu Muhammad s.a.w. Ini ternyata satu kesilapan yang besar telah dilakukan oleh para ustaz yang tidak mengkaji terlebih dahulu status hadis tersebut sehingga menyebabkan orang - orang awam mudah menuturkan dan mendakwa ianya hadis daripada Nabi s.a.w apabila berborak sesama mereka. "Engkau ni, malas belajar pula.. kan Nabi ada kata, tuntutlah ilmu walau ke negeri China." "Pergilah ke Mesir ke, Yaman ke, Jordan ke untuk menuntut ilmu. Nabi sendiri ada sarankan umatnya untuk menuntut ilmu hingga ke China."  Beberapa contoh dialog yang biasa kita dengar dalam masyarakat kita. Tanpa sedar mereka tidak mengetahui apakah s...

HSBC & Dato' Sri Ismail Sabri

Gaza semakin  hari semakin tidak aman dan pergolakan terbaru dengan serangan kejam zionis terhadap penduduk Gaza semakin mendapat liputan yang meluas di Malaysia khususnya. Malaysia tidak dapat menghantar bantuan ketenteraan ke sana bahkan sudah tersebar yang Malaysia sendiri antara negara yang paling kuat menjalinkan hubungan ekonomi dengan Israel? Dasar dan permainan politik apa yang Malaysia cuba mainkan..? Penduduk Malaysia dan juga NGO - NGO di Malaysia hanya mampu menyalurkan bantuan berbentuk dana  wang ringgit, makanan, minuman serta pakaian kepada saudara kita di sana. Setakat ini, itulah bantuan yang terbaik kita dapat berikan dan Israel pun seakan tergugat dan terkesan dek kerana bantuan sebegini daripada negara Malaysia. Sabas buat orang Malaysia dan NGO semua. Saban hari ada saja kanak - kanak dan ibu yang terbunuh. Cuba bayangkan kalau kita sendiri berada di tempat mereka. Iman kita belum tentu sekuat iman mereka. Penduduk Malaysia juga semakin berani dengan ...

Jadual Kuliyah Ustaz Azhar Idrus Sepanjang Ogos 2014

Ramadhan sudah berlalu pergi. Walaupun Ramadhan telah berlalu, tak bermakna hati kita juga mesti berlalu dengan terikut perkara yang alai. Tambahan pula sekarang adalah bulan Ogos yang mana negara kita akan menyambut hari kemerdekaan pada 31 haribulan nanti. Sungguh rugi orang yang mana hatinya sudah terikat dan merindui taman akhirat dengan latihan pada bulan Ramadhan yang lalu dibiarkan berlalu liar. Jangan biarkan hati yang sudah basah dengan iman dan ketakwaan kepada Allah semakin kering dan kontang secara perlahan. Hadirkan diri dengan majlis - majlis ilmu dan ceramah - ceramah agama di sekitar masjid berdekatan dengan kita. Jadual di atas adalah salah satu contoh. Jadual Ustaz Azhar Idrus sepanjang bulan Ogos ini. Serata tempat dia mengajar dan majoritinya adalah di tempat tinggal beliau di Terengganu. Benda semacam ini kadang - kadang kena paksa juga baru menjadi. Sudah fitrah sememangnya orang yang banyak dengan dosa susah untuk berbuat perkara kebaikan. Paksa lah diri d...

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.

Benfica Dititik Arsenal 5 - 1

Arsenal titik Benfica 5 - 1 bhai semalam. Haha. Lebih menarik lagi, 4 gol dijaringkan oleh Sonogo!! Part ni aku nak gelak sebab Sonogo boleh jaringkan 4 gol. satu gol lagi dijaringkan oleh Campbell. Tapi, setakat Benfica je lah. Ada 2 game lagi. Malam ni Arsenal sama ada kena titik atau nak titik Monaco pula. Arsenal aku tak risau sangat kalau pra musim. Habis semua team dia nak titik. Masuk je awal musim tak risau juga, yang risau bila pertengahan musim. Bila semua player dah tak boleh main sebab injured.

Luahan Hati Seorang Pembonceng Motosikal

Hari raya dah beransur hilang meriahnya. Seiring dengan pulangnya warga kota kembali ke kota raya. Satu juta kereta yang dijangka masuk ke Kelantan sebelum raya hari tu rasanya dah mula pulang ke sarang masing – masing. Boleh cipta peribahasa baru untuk 10 atau 20 tahun yang mendatang. “Ibarat kereta pulang kembali ke kota raya.” Tu pun kalau masa tu pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka setuju lah. Aku selaku penunggang motosikal ni kadang – kadang rasa kecewa juga dengan pemandu kereta sejak dua menjak ni. Sebelum ni aku dah ada up entry yang cerita bagaimana rasa hinanya bila penunggang motosikal ni disimbah percikan takungan air di lopak jalanan oleh kereta yang melintas. Dah berdrama. Nak kejar pergi sound pun memang tak terkejar sebab motor kapcai je. Kalau dapat kejar pun, mesti dia akan cakap. “Well bro, that is not my fault. You can blame the government for the bad road”. Damn. Pagi tadi boleh tahan lewat juga aku balik rumah. Nak dekat dengan Subuh. Aku lalu jalan utama ...