Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.


Wenger menurunkan skuad yang boleh dipanggil skuad utama dan terkuat yang ada buat masa sekarang ni. Mungkin ada beberapa combination dalam kepala Wenger untuk diujikaji sebelum liga betul - betul bermula. Arsenal menyenaraikan Shezny, Debuchy, Koscielny, Chambers, Monreal, Arteta, Wilshere, Cazorla, Sanchez, Ramsey dan Giroud  sebagai kesebelasan utama. Manakala, simpanannya pula, Chamberlain, Akpom, Zelalem, Bellarin, Flamini, Coquelin, Martinez, Miquel dan Hayden.

Jaringan solo adalah hasil daripada tandukan Falcao. Berbahaya betul si rambut panjang ni. Kaki berbisa, kepala bersengat. Tengok kepada game malam ni, sedikit kecewa. Rentak permainan Arsenal seolah kucar - kacir. Sanchez masih lagi kekurangan keserasian dengan pemain midfield yang lain. Satu yang dapat dipuji Sanchez ni adalah dia rajin dan bersemangat. Nak compare dengan Giroud tu memang jauh la. Orang kata Giroud ni kayu. Sejauh mana kebenarannya, sama - sama boleh nilai.

Pengadil pun satu hal. Pada lewat separuh masa kedua, Arsenal selayaknya dapat sepakan penalti apabila Akpom dijatuhkan oleh penjaga gol Monaco. Ulang tayang jelas - jelas menunjukkan yang Akpom  dijatuhkan dalam kotak penalti. Ref rabun ke apa? Yang ambik freekick pula si Ramsey. Memang tak gol la even jarak sepakan percuma tu cuma atas garisan kotak penalti. Yang penting kena terima, kita kalah 0 - 1 dengan Monaco.

Paling menarik game ni adalah penampilan Zelalem dan juga Akpom. Wenger membawa masuk player ini secara serentak pada akhir separuh masa kedua dan kelihatan corak game sedikit berubah dan sedikit santai dengan kemasukan dua orang ini. Aku cuma minat dengan Zelalem yang tenang dan cool dalam mengawal bola. Tepat dengan masa dan keadaan untuk dia kawal dan pass bola. Bagi masa sikit lagi, aku rasa dia boleh duduk setaraf dengan pemain bintang. Kalau setakat Wilshere dengan Ramsey tu, boleh setaraf atau pun lebih tinggi. Harapnya Wenger memberi peluang kepada dia untuk muncul lebih banyak pada musim ini.

Okay, setakat tu je lah. Sebenarnya aku sedikit kecewa dengan penampilan Sanchez. Nasib baik Wenger kata dia masih tak fit sepenuhnya. Lagipun, dia masih baru. Sedikit tekanan kerana dia ibarat bintang yang sinarnya bergemerlapan yang dibawa masuk ke Arsenal dan semua player dan peminat mengharapkan yang terbaik daripadanya. Dia sudah cuba yang terbaik dan apa yang diharapkan tidak lain adalah sokongan daripada peminat - peminatnya.

**setakat ni tak nampak lagi Ozil, Diaby, Podolski, Rosicky dalam senarai Wenger.
**siapa yang minat Flamini kena tengok dia tackle player Monaco yang tengah buat skill. Haha.
**melepas la Emirates Cup dalam tangan Arsenal.

Comments

  1. assalamualaikum hafizin...selamat hari raya aidil fitri dr mama n keluarga yer...maaf jika ada salh silap...:)

    ReplyDelete
  2. kuang hasam kau mengutuk blog aku. heh. aku taktahu nak update ape. lainlah kau boleh update pasal bola. zzz

    ReplyDelete
  3. selamat berjuang untuk season baru nanti.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

hukum main mercun

Selamat Tahun Baru 2014