Skip to main content

Terbaru!! Jadual Muqabalah (Temuduga) bagi Permohonan Masuk ke Universiti Qassim, Arab Saudi.


Jadual Muqabalah bagi permohonan Qassim Universiti Arab Saudi Kuala Lumpur/Selangor - 8 Ogos 2014 Kelantan - 11 Ogos 2014 Kedah - 13 Ogos 2014 Johor - 15 Ogos 2014 Dokumen yang diperlukan: 1. Sijil SPM dan ke atas (Kalau boleh dalam bahasa arab) 2. Salinan surat beranak (Kalau boleh dalam bahasa arab) 3. Salinan Pasport (Jika ada) 4. 2 Tazkiyah (Dari mana-mana individu) 5. Gambar size passport 2 keping *Tempat muqabalah di negeri-negeri lain akan diupdate kemudian *Urusan muqabalah tidak akan dijalankan bagi pihak muslimat, permohonan muslimat akan diberitahu setelah mendapat maklumat lengkap dari pihak universiti nanti *Muqabalah akan dilaksanakan dalam bahasa arab *Jadual boleh berubah mengikut keadaan dan akan diberitahu secepat mungkin di FB * Bidang pengajian yang melibatkan perubatan tidak disediakan di Qassim University * Bagi permohonan muqabalah peringkat master dan Phd pula, sila email resume anda pada almunawwarah90@gmail.com. Sertakan no. tel untuk dihubungi jika permohonan anda diterima bagi urusan muqabalah. *Sila hubungi wakil negeri berikut bagi urusan muqabalah di negeri terdekat masing-masing: Kelantan: Ustaz Abal Khair +60199918177 Kedah: Ustaz Fitri +60195453678 Johor: Ustaz Jundullah +60123345481 (Whatsapp sahaja) Ustaz Shafie +6583769463 (wakil singapura)

**Info daripada Wan Muhammad Usaid, pelajar yang sedang menuntut di Universiti Islam Madinah. Boleh tengok fb beliau untuk makluman lanjut dan juga update semasa mengenai temuduga ini.

FB : Usaid Subki

Nota kaki : Tajaan penuh tu.. Ada yang tak nak pergi ke? Pergi belajar je, tiket flight, duit saku, yuran belajar semuanya ditanggung. Belajar free. TAJAAN PENUH!!

Comments

  1. tajaan penuh tu...
    masyaallah.. kalaulah saya lancar bahasa arab. teringin lah jugak nak merasa..
    huhu.. inshaAllah, ada rezeki kat tempat lain.. :D

    by the way, nice sharing bro ! :D

    ReplyDelete
  2. Pastikah anda bhw anda tidak akn terpengaruh dgn wahabi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya tak perlu bimbang akan pengaruh wahabi. Apa yang hendak ditakutkan dengan pengaruh wahabi bila kita boleh menilainya sendiri? Kita dengar, kita nilai, kalau tak betul tak perlu terpengaruh.

      Delete
  3. Salam. Saya berminat utk smbg belajar di Saudi. Boleh x tolg update pada saya klau ada interview open uni Saudi di Malaysia 2016 nnti?

    Umarnursi@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Salam. Saya berminat utk smbg belajar di Saudi. Boleh x tolg update pada saya klau ada interview open uni Saudi di Malaysia 2016 nnti?

    Umarnursi@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.