Hari raya dah beransur hilang meriahnya. Seiring dengan
pulangnya warga kota kembali ke kota raya. Satu juta kereta yang dijangka masuk
ke Kelantan sebelum raya hari tu rasanya dah mula pulang ke sarang masing –
masing. Boleh cipta peribahasa baru untuk 10 atau 20 tahun yang mendatang. “Ibarat
kereta pulang kembali ke kota raya.” Tu pun kalau masa tu pengarah Dewan Bahasa
dan Pustaka setuju lah.
Aku selaku penunggang motosikal ni kadang – kadang rasa
kecewa juga dengan pemandu kereta sejak dua menjak ni. Sebelum ni aku dah ada
up entry yang cerita bagaimana rasa hinanya bila penunggang motosikal ni
disimbah percikan takungan air di lopak jalanan oleh kereta yang melintas. Dah
berdrama. Nak kejar pergi sound pun memang tak terkejar sebab motor kapcai je.
Kalau dapat kejar pun, mesti dia akan cakap. “Well bro, that is not my fault.
You can blame the government for the bad road”. Damn.
Pagi tadi boleh tahan lewat juga aku balik rumah. Nak dekat
dengan Subuh. Aku lalu jalan utama Kuala Krai – Kuala Lumpur. Aku menghala kearah
Kota Bharu dan aku tengok masih banyak kereta yang menuju ke arah Kuala Lumpur.
Agaknya cikgu – cikgu kot. Nak mengejar trip mengajar yang buka sekolah pada
Isnin nanti. Tapi, pointnya bukan nak cerita pasal cikgu.
Aku kesorangan di atas jalan. Songsang di hadapan ada satu
kereta menghala laju. Tapi dengan selamba je dia ‘high beam’ kan kereta dia kearah
aku yang tengah membonceng motosikal. Tahu la pakai Vios dan aku tahu dia nampak
je aku kat hadapan tu tengah silau yang teramat dek terkesan dengan high beam
kereta dia. Dia ingat aku tunggul kayu ke? Bila dia tengok di kejauhan belakang
aku ada kereta, terus dia turunkan lampu tinggi kepada normal mode. Bangang ke
apa makhluk macam ni?
Aku memang sedar yang aku bayar roadtax murah je kalau nak
bandingkan dengan roadtax kereta dia. Tapi, aku tetap pengguna jalan raya bro.
Kadang – kadang, aku asyik terjatuh ke dalam lubang – lubang jalan raya akibat
tak dapat nak mengelak dengan besarnya kereta – kereta bro laju memecut di
kanan aku. Aku bukan tak nak pakai kereta macam bro, tapi penganggur ni faham –
faham je lah. Kadang – kadang, perut kosong sebab nak isi tangki minyak motor.
Harap bro yang guna lampu tinggi dekat aku tadi terbaca entry luahan hati aku
dan terus bertaubat nasuha. Hehe.
masyaallah.. kesian bro..
ReplyDeletesangat memahani situasi itu..
bab -bab lampu tinggi, tak hormat kenderaan dari arah bertentangan, memang sangat tak sopan!
baik-baik bawak motor ya. :)
huhhh faham cemane perasaan ko tu HJ.
ReplyDeletesbb tu bile dah ada kereta skg ni aku ckup beringat.
kesianla sama kat rider2.. tak prihatin betol la brader tu. huh =P
kesiannye HJ..nanti dah beli kereta jangan balas dendam pulak. haha
ReplyDeletepeh peh blog bwajah baru~
Aku suka ayat kau. Walaupun dramatis tetap mendatangkan rasa insaf kat diri aku ni yang kadang cuma naik Rapid KL. Kekeke. Sabar ye. Pernah tak kalau dia simbah air ke apa, kau pandang dia dan senyum tunjuk gigi? kalau pernah, sungguh aku bangga. Hehe
ReplyDeletesemua kite semua dilindungi :)
ReplyDeletekalau naik motor duk kala lupo lagi sedap boh..
ReplyDelete