JEREBU MEMUTIH
Kecoh beberapa hari ini dengan masalah jerebu sehingga dewan rakyat pun ingin membahaskan isu ini tetapi ditolak oleh YB speaker. Tapi, sekarang jerebu tak lagi memutih dengan turunnya hujan sehari dua ni. Dijangka juga hujan akan berlarutan sehingga Jumaat ini. Syukur kepada Allah, Dia mendatangkan jerebu sebagai peringatan hinggakan ramai yang kalut pasal masalah kesihatan dan Dia juga mendatangkan hujan untuk kita semua bersyukur selepas itu. Semua itu ada hikmah. Alhamdulillah. Semua maklum lah yang jerebu ni punca dari pembakaran hutan di Riau. Setakat ni sudah 10 dipanggil untuk disoal siasat pasal pembakaran hutan ni. Manusia. Jelas di sini, manusia adalah makhluk punca kemusnahan bumi ini sendiri. Tidak gitu? Betul lah macam tu. Tangan - tangan jahat manusia sendiri yang menghancurkan bumi ini. Even, saban tahun ada je saintis mendakwa ada planet yang boleh didiami manusia selain bumi. Tapi, sampai sekarang pun tak ada lagi kan orang orang yang hidup kat sana? Haha. Tengo...