TPM DIGUGURKAN JAWATANNYA
Rasa macam tak nak terlepas untuk update blog dengan isu yang bersejarah dalam Malaysia. Isnin, 28 Julai 2015 adalah suatu tarikh yang menjadi sejarah dalam arena politik Malaysia. Kalau sebelum ini, tahun 1998 adalah suatu tarikh keramat yang sering kali dilaung - laungkan oleh puak pembangkang. Peristiwa yang sama, cuma waktu dan watak yang berbeza. Bukan nak sembang politik sangat. Paling kurang kita tahu perkembangan dan status yang negara kita tengah hadapi sekarang ini. Nampak je orang atasan ataupun orang - orang yang berkuasa berkelahi merebut kuasa dan jawatan, tetapi... yang tercekik adalah marhaen di bawah. Kan? Aku tak nak campur sangat, sekadar cetus pandangan yang tak seberapa je. Kadang - kadang tu nak juga buat analisis macam yang astro awani buat tu. Tapi, tak tahu boleh pakai ke tidak analisis aku ni. Haha. Rakyat pasti tertanya - tanya kenapa Abang Jib sampai perlu menggugurkan Abang Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri? Salah sangat ke Abang Yiddi...