Dah Kena Tipu!! Terima Kasih Pak Najib



Entah yang ke berapa kali sudah. Najib dan konco - konconya tanpa rasa perasaan bersalah menzalimi rakyatnya. Apa salah rakyat Malaysia sampai diseksa ekonomi mereka dengan sedemikian rupa? Apakah sebab parti Pak Najib tidak mendapat undi yang banyak pada pilihan raya yang lepas? Adakah ini cara Pak Najib mengaut untung sebelum melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Petrol Ron 95 dan 97 sudah naik harganya untuk semua negeri di Malaysia. Hadiah buat rakyat Malaysia untuk pagi Julai 2015. Disusuli pula oleh kenyataan oleh Menteri KPDNKK yang selepas ini harga minyak tidak lagi akan diumumkan untuk orang ramai melainkan selepas harganya dinaikkan. Mungkin untuk mengelakkan daripada stesen - stesen minyak dibanjiri oleh orang ramai yang inginkan penjimatan walaupun ianya sekadar RM 5 ke RM 20. Salah ke kalau rakyat mahu jimat? Mungkin perlu difikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ini.

Apakah bala yang sedang Malaysia lalui sekarang ini? Matawang sudah jatuh teruk. Siapa yang mahu dipersalahkan pada hari ini? Kalau krisis ekonomi negara tahun 1997 boleh la nak salahkan Anwar Ibrahim sebab masa tu dia pegang jawatan Menteri Kewangan. Kalau hari ini? Nak salahkan siapa? Siapa Menteri Kewangan sekarang ini? Tapi, tak mengapa... masih ada menteri yang setuju dan sokong sekiranya ekonomi negara Malaysia dan matawang negara lemah dan rendah. Menteri.. Mereka lebih pandai segalanya.

Sekarang Julai 2015. Apa lagi musibah dan ujian ekonomi yang rakyat perlu tanggung akibat daripada tangan - tangan atasan ini. Orang atasan ini ibarat burung yang paling tinggi sekali terbang. Rakyat kat bawah ini hanya burung - burung kecil yang tak mampu terbang meninggi ke langit. Sekali sekala burung - burung kat atas tu berak, habis terkena percikan dan tompokan tahinya dekat burung - burung kecil kat bawah ini. Burung - burung kat bawah ni nak marah? Nak komplen? Apa jawab burung kat atas? Ada aku kisahhhh???!! Entah dengar ke tidak burung kat bawah ni komplen.

Comments

  1. bila minyak naik, tol naik..yg tertipu kena, yang tak tertipu pun terkena jugak.

    ReplyDelete
  2. bak kata mereka yang bijak pandai lagi cerdik kalau tak suka duduk kt mesia, tak payah duduk di mesia. ayoyo *geleng kepala* apa la nak jadi dengan negara kita. Ya Allah Kau berilah petunjuk kepada mereka-mereka itu agar mereka sedar akan kezaliman yang sedang mereka lakukan. Doa je la yg mampu

    ReplyDelete
  3. nak cakap apa.. bkn salah rakyat. semua menteri kan lulusan luar negara.
    tanggung jelah balasan di akhirat nanti.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

hukum main mercun

Selamat Tahun Baru 2014