Ramadhan 1436H

Ramadhan 1436 Hijrah bakal meninggalkan kita dalam beberapa hari lagi. Apakah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik dalam hidup kita? Andai kata kita adalah seorang Muslim yang baik, pasti persoalan ini seringkali berlegar dalam kotak fikiran kita. Apakah kita dapat jadi yang terbaik berbanding dengan Ramadhan - ramadhan yang telah pun berlalu sepanjang hayat kita.

Tanpa penafian, kita perlu pembimbing dalam hidup kita. Tanpa penafian juga, kita adalah seorang manusia yang lalai jika dibiarkan keseorangan diri. Pasti hidup kita terumbang ambing. Anda kita di lautan yang bergelora, kita sudah pasti ibarat sebuah perahu kecil yang menunggu  masa ditimpa badai. Biarpun sekuat mana pun kayu dan papan perahu kita, tak mungkin kita akan sampai di daratan. Begitulah kehidupan. Itulah tujuannya Nabi kita diutuskan dengan bersamanya diturunkan Al - Quran sebagai pengingat di kala kita dilalaikan oleh kenikmatan dunia.

Saban tahun, masyarakat Melayu kita tiada yang majunya dalam akhlak dan sahsiah. Satu hipotesis awal yang dibuat berdasarkan pemerhatian yang secara rawak dan rambang. Terbaru, tengok sahaja kes perkauman di Plaza Low Yat. Sedangkan Nabi berpesan supaya mengejar malam seribu bulan pada 10 terakhir Ramadhan, tetapi lebih ramai anak - anak Melayu yang Islam pada kad pengenalannya berpusu - pusu ke Plaza Low Yat. Untuk apa? Untuk berjuang dan jihad menentang Cina yang dikatakan telah menipu orang Melayu.

Tengok pula berita Astro Awani, di kala ramai orang Islam sedang bermunajat dan beribadat kepada Allah mengharapkan pengampunan dan rahmat Allah dengan saki baki Ramadhan yang kian berada di penghujungnya, masih ada anak - anak muda dan teruna kita sedang asyik melayan nafsu masing - masing. Disewanya sebuah hotel bajet murah. Bila dicekup, mengakunya sebagai adik beradik kandung. Disoal siasat, ternyata mereka telah menipu ibu bapa masing - masing dan yang mengejutkan ialah masing - masing masih lagi berumur di bawah umur 18 tahun!! Apakah Malaysia kini semakin menuju keruntuhan akhlak, moral dan sahsiah?

Memang patut doa Malaikat Jibril yang diaminkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, iaitu bilamana datangnya bulan Ramadhan, tetapi manusia tidak mendapat keampunan, rahmat daripada Allah Taala dan dihumbankan pula ke dalam neraka. Rugi yang amat besar.Mereka ini adalah orang rugi lagi bodoh. Adakah bijak mereka yang disediakan dihadapan mereka suatu  benda yang begitu mahal nilainya dengan harga yang murah, tetapi tidak direbut, bahkan disepak terajang serta disia - siakan barang tersebut? Itulah keampunan dan rahmat Allah yang Allah tawarkan pada bulan Ramadhan ini. Sales yang tiada bandingannya.

Sesiapa yang ada twitter/snapchat, boleh cuba search #mecca_live dan boleh tengok ramai non-muslims tertarik dengan Islam dan ada yang telah memeluk Islam selepas snapchat melancarkan kempen mecca live. Begitu indahnya Islam, begitu ramainya yang tertarik Islam, tetapi kita yang sudah pun dalam Islam untuk 20 tahunn, 30 tahun, masih lagi mensia - siakannya. Betul lah, kita akan terasa nikmatnya saat mana kita kehilangan nikmat tersebut.


Comments

  1. Sedih tgk remaja kita skrg ni. Dah teruk sgt.
    Ada je yg elok tapi tu la, yg buruk lg banyak

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

hukum main mercun

Selamat Tahun Baru 2014