Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

GST Sedang Melambai - lambai

Cuba bayangkan berapa yang perlu kita sebenarnya untuk GST nanti. Bahang GST semakin hangat. 1 April sudah melambai - lambai. Nampaknya ramai rakyat Malaysia  yang berharap GST ini adalah satu daripada (April Fool) yang dirancangkan oleh kerajaan. Tetapi, jangan nak bermimpi la ye. 6 peratus cukai barangan dan perkhidmatan akan dikenakan oleh kerajaan Malaysia ke atas rakyatnya. Sungguh, aku yakin yang ramai rakyat Malaysia yang akan terbeban dengan angka 6% ini. Di saat ekonomi Malaysia yang semakin goyah dan tidak menentu, sewajarnya kerajaan perlu menimbangkan semula dengan rancangan pelaksanaan GST ini. Bahkan, bukan sahaja ekonomi Malaysia yang makin hari makin gawat, masalah dalaman kerajaan yang melibatkan wang berjuta - juta ringgit pun masih belum dapat diselesaikan oleh kerajaan. Selesaikan dahulu apa yang menjadi barah kepada tunjangnya jika mahu memperelokkan buahnya dan mengeluarkan hasil yang baik. Malaysia tengah pincang dengan kejatuhan mata wang ringgit da...

Takziah : Ahmad Izzat Bin Rosli

Sabtu yang lepas aku masih ingat lagi riak mukanya yang tersenyum lebar semasa di kenduri kahwinnya. Sempat berceloteh, usik - usik manja. Dia baru mengadakan kenduri kahwin setelah mengikat tali perkahwinan pada bulan Disember tahun lepas. Berpakaian ungu pada tengaharinya dan berpakaian baju Melayu pink pada sebelah petangnya. Tapi, pada pagi semalam aku mendapat khabar duka lagi lara yang dia sudah pergi mengadap Allah. Bertemu Sang Pencipta sekian makhluk. Selang sehari dia mengadakan kenduri kahwin, dia pergi buat selamanya dari dunia ini. Ya Allah... Aku terkejut dan sedikit terkesima bila mendengar berita kehilangannya di sebuah group whatsapp batch yang sama - sama satu pengajian peringkat menengah dahulu. Ahmad Izzat Bin Rosli. Seorang kawan dan juga sahabat. Lebih 5 tahun aku membesar di alam asrama bersama - sama dengan dia. Seorang yang selalu menceriakan suasana. Sejak dari Tingkatan Satu lagi dia mendapat nama gelaran yang terkenal dengan panggilan 'Ijat Misai...

Hudud Kembali Panas di Malaysia

Pentas politik Malaysia semakin panas. Makin berganjak hari dan tahun,  makin terasa kepanasannya. Ada saja isu - isu baru yang akan ditimbulkan. Permainan politik tidak pernah selesai. Masing - masing ingin menunjukkan siapa yang juara, masing - masing ada ego yang tak nak tunduk kepada pihak lawan. Menang jadi arang, kalah jadi abu. Terbaru, pentas politik Malaysia hangat dengan isu hudud. Suatu isu yang pernah hangat pada suatu ketika dahulu, sejuk seketika, hangat - hangat kepanasan, suam - suam kuku dan tahun 2015 kembali menggelegak minda dan jiwa seluruh rakyat Malaysia. VIDEO KONTROVERSI Kepanasan isu hudud ternyata terserlah dengan timbulnya satu video yang boleh diertikan sebagai satu video yang bersifat provokasi. Video hangat tu telah menjadi viral di laman sosial facebook yang memaparkan seorang wanita mempersoalkan tentang penutupan aurat dan isi utama video itu adalah untuk mempersoalakan kerelevan hukum hudud yang diusahakan oleh kerajaan Kelantan untuk dilaksan...