Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

TRIP GUNUNG YONG YAP - PART 2

Bersambung part-2. Boleh baca part 1  di sini . 20 APRIL 2019 4.00 gerak Mengikut plan asal gogo, kami akan bergerak pada pukul 3 pagi. Mungkin masing-masing letih dan terlajak tidur. Kalau nak gerak pukul 3 pagi, pukul 2.30 pagi dah kena bangun untuk prepare. Mesti bangun pukul 3.30 pagi, baru boleh gerak pukul 4. Sebenarnya time management kena jaga juga supaya tidak lari dengan rancangan gogo. Naik awal, boleh la dapat sampai puncak tu awal. Dapat kejar sunrise dan tengok cantiknya matahari terbit di puncak gunung. Shalaby Tapi, kalau dah terbiasa melayan tidur, memang susah la nak bangun. Nak buka mata lagi. Tidur pula sedap. Sejuk dengan angin hutan yang perlahan-lahan meniup badan yang berselimut dengan sleeping bag. Memang satu cubaan betul untuk bangkit dari tidur. Alang-alang dah sampai, takkan tak nak sampai dekat puncak kan disebabkan nak melayan tidur? Kami gerak dengan Jula di hadapan selaku guide. Aku, Beji, Koha, Shalaby, Kak Adah dan juga ...

TRIP GUNUNG YONG YAP - PART 1

Gunung Yong Yap adalah gunung yang dikategorikan sebagai Gunung G7 iaitu antara 7 gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia. Jadi, Yong Yap ini bukan biasa-biasa. Tidak semudah memanjat Bukit Panau di Tanah Merah tapi treknya lebih kurang menaiki Gunung Tok Nenek. Entry Gunung Tok Nenek sudah aku up dan boleh baca di sini . Starting point untuk ke Gunung Yong Yap ini adalah sama dengan Tok Nenek iaitu di Kg. Rengil. Simpang sedikit selepas RnR Jelawang. Trip yang dianjurkan oleh TKR pada kali ini seramai 18 orang sebagai line up termasuk dengan guide iaitu Jula Masta. Aku, Koha, Munim dan Beji carpool sama-sama dengan menaiki Perodua Alza Beji. Kami bertolak dari rumah Beji di Kadok pada pukul 11 malam menuju ke rnr Jelawang. Meeting point kami adalah di rnr Jelawang. Tidak ada yang menarik sepanjang perjalanan kecuali celoteh Beji untuk menghilangkan sepi dan juga menghalau cengkerik di malam hari dengan bunyian krik krik krik. Beji ni sebenarnya adalah seorang y...