Gunung Yong Yap adalah gunung yang dikategorikan
sebagai Gunung G7 iaitu antara 7 gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia.
Jadi, Yong Yap ini bukan biasa-biasa. Tidak semudah memanjat Bukit Panau di
Tanah Merah tapi treknya lebih kurang menaiki Gunung Tok Nenek. Entry Gunung
Tok Nenek sudah aku up dan boleh baca di sini. Starting point untuk ke Gunung
Yong Yap ini adalah sama dengan Tok Nenek iaitu di Kg. Rengil. Simpang sedikit
selepas RnR Jelawang.
Trip yang dianjurkan oleh TKR pada kali ini seramai 18 orang sebagai line up termasuk dengan guide iaitu Jula Masta. Aku, Koha, Munim dan Beji carpool sama-sama dengan menaiki Perodua Alza Beji. Kami bertolak dari rumah Beji di Kadok pada pukul 11 malam menuju ke rnr Jelawang. Meeting point kami adalah di rnr Jelawang.
Tidak ada yang menarik sepanjang perjalanan kecuali celoteh Beji untuk menghilangkan sepi dan juga menghalau cengkerik di malam hari dengan bunyian krik krik krik. Beji ni sebenarnya adalah seorang yang sangat peramah dan manis tutur katanya. Celotehnya menyebabkan orang tertarik dan ingin mendengarnya sampai habis biar pun cerita yang sama diulang olehnya. Mungkin orang dah jemu sebenarnya, tapi melihat kesungguhan dia bercerita, orang tak berani nak mengatakan perkara yang sebenar. Kadang-kadang aku potong line je, “Beji, cerita ni baru je Beji bagitahu tadi…” Hahaha.
Pukul 3.30 pagi kami tiba di RnR Jelawang. Nampaknya kami bukan orang yang pertama sampai dan yang jelasnya kami juga bukanlah orang terakhir yang sampai. Sampai je RnR Jelawang, kelihatan semua sedang lena tidur dibuai mimpi. Ada yang tidur di dalam kereta, ada yang tidur di dalam surau. Macam mana boleh tahu tidur mereka itu lena? Aku ukurnya dengar bunyi dengkuran. Semakin tinggi tahap irama dengkuran, semakin nyenyak dan lena tidur mereka.
Nampaknya, kami perlu tidur. Berdasarkan pengalaman-pengalaman hiking sebelum ini, tidur yang tidak cukup akan menjanjikan tubuh yang tidak bermaya dan mudah letih ketika hiking. Pewai la tu. Aku merebahkan seat dan terus memejamkan mata memaksa diri untuk tidur. Nampaknya tak semua yang dipaksa itu menjadi mengikut kehendak kita. Aku rasa hampir setengah jam aku cuba pejam mata tapi diri ini masih lagi tidak tidur.
Pejam mata tak buka-buka tapi tidurnya tidak jugak. Dekat sejam baru tidur, tu pun cuma 30 minit. Last sekali tu aku terpaksa bangun dan bukak pintu kereta kerana ada gas beracun yang dilepaskan oleh manusia yang bernama Munim ni. Kurang enak betul. Hahaha. Bunyi halus tapi baunya cukup tajam.
Usai solat Subuh, masa tu la baru nampak sorang-sorang line up. Baru nak bertegur sapa sebab lama juga tak jumpa sejak mereka tidur semalam. Majoriti line up yang pergi trip kali ni semuanya sudah saling kenal mengenal. Muka sama je yang join hiking ni. Haha. Selepas itu, kami terus bersarapan di RnR tersebut. RnR tu buka seawal jam 7 pagi dan katanya tutup pukul 12 tengah malam. Okay la tu. Mee goreng dia sedap. Tapi gulai ayam dia terlajak manis katanya Beji. Dia tak boleh makan.
0840
Perjalanan kami bermula dari Kg Rengil yang mana penduduk semuanya Orang Asli. Dengan sedikit briefing tentang perjalanan daripada guide dan juga gogo, beberapa pergerakan warm-up dan bacaan doa selamat, kami bergerak memikul beg masing-masing. Misi kami adalah menawan puncak Yong Yap selain mencari letih.
Perjalanan kami bermula dengan jalan yang berbatu dan ada kebun-kebun orang Asli di sebelah kiri. Jalan yang kami lalu itu adalah jalan balak yang mana jalan itu pernah digunakan untuk mengangkut balak daripada hutan.
0925
Akhirnya kami sampai di penghujung jalan balak. Kami bertemu dengan anak sungai. Tapi bukan anak bongsu sebab sungainya agak lebar dan arusnya agak laju. Di sungai ini juga lah trip kami delay semasa pulang dari Gunung Tok Nenek kerana arusnya deras dan dalam disebabkan hujan. Kesemua line-up berjaya menyeberangi sungai dengan baik. Ada yang tanggal kasut sebab tak nak kasut basah, tapi ramai yang main seberang je. Bagi basah je kasut sebab kaki dah panas semasa di jalan balak tadi.
0950
Trek selepas sungai tadi tidak memacak. Boleh dikatakan agak landai dan kami pun tidak lelah keletihan. Jam 9.50 kami sampai di hidden waterfall. Punca air yang pertama selepas sungai yang kami cross tadi. Di sini baru kami dapat meletakkan beg yang dari tadi kami pikul. Perasaan dia semasa letak beg tu memang klimaks la. Rasa puas, rasa lega. Di sini port untuk ambik gambar sambil-sambil makan jajan. Nampak santai. Dinamakan hidden waterfall sebab air terjun dia tu tersorok sedikit sebelah kanan sungai. Kena pergi intai dulu baru la nampak.
1018
Pukul 10.18 kami gerak. Tapi treknya sedikit memacak. Kami yang telah lama berehat di hidden waterfall tadi agak terasa penangan treknya. Mencungap la juga. Cakap kat sini la, masa kat sini aku sempat la jugak muntah-muntah. Rasanya sebab aku kuat batuk, jadi bila batuk tu dia semacam menarik segala isi kandungan kat dalam perut tu. Sebab tu la jadi muntah tu.
1113
Kat sini kami sampai dekat sungai yang kemungkinan sungai anak ketiga sebab dia lagi lebar berbanding dengan sungai yang pertama kami jumpa selepas jalan balak tadi. Sepanjang sungai tu ada tali oren untuk memudahkan lagi orang ramai menyeberangi sungai. Jadi, aku namakan sungai ni sungai tali oren.
1125
Akhirnya sampai di Kem Y. Kat Kem Y ni adalah simpang antara Gunung Tok Nenek dan Gunung Yong Yap. Kalau pergi ke kiri, korang akan naik Tok Nenek, kalau ikut kanan, treknya menghala ke Yong Yap. Kat sini juga adalah pertemuan dua anak sungai dari Tok Nenek dan dari Yong Yap yang membentuk hurug Y dan sebab itulah dinamakan Kem Y. Korang imagine sendiri lah.
Kat sini kami semua berhenti rehat. Ada yang bukan lunch pack untuk makan tengah hari. Aku bila sampai je, aku terus letak beg dan turun ke dalam sungai untuk berendam. Ahhh. Nikmat betul. Rasa sejuk je. Kepala aku bengang dari tadi lagi. Mungkin sebab tidur yang tak cukup. 10 minit juga aku berendam. Basahkan badan sekali dengan baju, kasut dan juga seluar. Airnya sejuk. Bila badan aku rasa makin sejuk, aku terus bangun dan mencapai roti gardenia twister di dalam beg untuk melantak. Perut dah berkeroncong.
Masa ni kami berjumpa dengan guide yang bernama Pak Kasim. Janggut dan misainya amat lebat dan siap beruban tapi berbual mengalahkan orang muda. Dia ni nampak santai giler, berkaki ayam je dengan pikul beg. Nampak sangat otai. Rupa memang macam otai la.
1200
Rehat sudah cukup. Perut sudah kenyang. Kami pun sambung perjalanan kami. Target kami pada hari ini adalah untuk sampai di Kem Jeruk kerana disitulah kami akan bermalam. Trek selepas Kem Y ni pun agak landai dan tak ada memacak tapi ada banyak pohon buluh yang terpaksa kami merangkak. Part ni antara part yang paling tak suka. Kena merangkak dengan beg lagi di atas belakang. Time merangkak tu, tiba-tiba beg tersangkut, tak lepas. Ahhh. Kena undur balik. Haha.
Aku masa ni berada di belakang sekali bersama dengan Beji dan juga Koha. Kami sempat berehat selepas melalui pohon buluh yang pertama. Anginnya yang menderu telah mengasyikkan kami. Sempat melepaskan lelah. Masa tu walkie-talkie berbunyi, Beji menyambut dan melaporkan yang aku dalam keadaan keletihan menyebabkan perjalanan sedikit perlahan. Katanya juga, aku telah minum air garam dan keadaan tidak begitu teruk. Ahh, kambing hitamnya aku. Haha.
1315
Kesemua line-up gogo dan guide berada di sini. Aku namakan di sini adalah sungai S sebab anak sungainya berbentuk S. Sungai pun tak dalam setakat mencecah buku lali. Kesemua mereka menunggu kami bertiga yang paling lambat sampai. Katanya gogo, pace kami terlalu perlahan dengan trek yang amat landai. Dia menjangkakan yang aku ni betul-betul keletihan disebabkan keadaan aku yang batuk dan ditambah lagi dengan kejadian aku yang muntah semasa on-trek.
Gogo mencadangkan agar ration yang dibawa oleh aku tu sama-sama dibahagikan untuk meringankan beg aku. Lagi satu, ianya untuk memudahkan lagi kerja gogo untuk memasak sekiranya aku sampai lewat dekat campsite nanti. Kalau aku sampai lewat, dan ration ada dengan aku, jadi kerja gogo untuk memasak akan terbengkalai.
Pada awalnya aku bertegas yang aku ni okay je. Tidak penat dan tidak pewai. Mungkin zahir fizikal aku tidak meyakinkan gogo dan juga line-up yang lain yang aku ni okay. Akhirnya aku pun membuka beg dan menyerahkan ration yang penting-penting untuk diagihkan kepada line-up. Tapi nampaknya, ration aku ni paling ringan, hanya bawang dan pes je. Manakala groud pula Koha dengan sukarela ingin memuatkan ke dalam begnya.
1345
Kesemua line-up sudah gerak. Hanya yang tinggal aku, Koha, Beji dan juga Shalaby. Kami adalah yang paling last dalam group kami. Aku tak tahu yang aku ni betul-betul penat atau tidak sampai kena agihkan ration aku dekat orang lain. Tapi yang aku rasa sepanjang ontrek, aku jalan slow je. Santai layan trek. Jalan sambil sepak daun. Aku mampu lagi untuk pikul beg sekali dengan ration.
Ahh. Lantaklah, aku baringkan badan. Sambil pejamkan mata aku berkhayal. Beji sibuk menyalakan api untuk menghalau lebah. Shalaby pantas mengeluarkan rokok dan terus menyalakannya. Koha? Sibuk dengan Iphone XS Max barunya.
1420
Kami bersiap-siap. Beji meletakkan objektif yang kami nak kejar line-up. Objektif kami adalah berjalan selaju yang mungkin, tidak akan berhenti dan biar sempat dengan line-up di hadapan kami. Apa lagi, kami angkat beg. Terus memecut berjalan selaju yang mungkin. Pada awalnya, Shalaby nampak mencungap, tidak dapat mengejar pace kami. Akhirnya Beji mencadangkan agar aku dan Koha jalan dulu di hadapan. Biar dia dan Shalaby berada di belakang.
Aku berada di hadapan. Kata mereka biar aku yang berada di hadapan takut-takut jika aku berada di belakang, aku tak mampu nak kejar pace mereka. Aku fokus. Melangkah kaki selaju yang mungkin. Bercakap pun tidak. Koha dapat mengikut rapat aku. Aku ingat aku dah jalan laju, rupanya ada lagi yang dapat menyucuk aku dari belakang. Haha.
Akhirnya kami sempat dengan line-up di hadapan kami. Mereka sudah berhenti dan duduk melepaskan lelah. Ada kelibat gogo sekali bersama Epi dengan rokok yang baru dinyalakan. Kami meneruskan perjalanan meninggalkan mereka sedikit di hadapan. Mencari port untuk berhenti dan makan petang.
1440
Kami berhenti di hadapan sikit dari mereka. Melabuhkan punggung dan membuka lunch pack masing-masing. Lapar betul. Nak dekat pukul 3 baru jumpa nasi sejak pagi tadi. Belum habis lunch pack, line up yang kami tinggal kejap tadi sudah bergerak melintasi kami. Tak apa, bagi mereka gerak dulu. Mereka pun kagum sebenarnya dengan kondisi aku macam kain buruk kata mereka, tapi mampu mengejar pace mereka.
1520
Di sini kami agak lama. Borak-borak, santai-santai layan kepala. Beji siap buat video lagi. Kami dengan yakin mampu mengejar mereka kerana di hadapan kami kebanyakan line up adalah perempuan. Mok Bibi dan Kak Adah, Farah dan juga Tiya termasuk sekali. Kami yakin dengan kemampuan kami yang sebentar tadi kami mampu mengejar mereka. 3.20 kami mengangkat beg dan meneruskan perjalanan.
Kami berjalan sebiji macam pace tadi. Pada awalnya terasa juga mencungap untuk tubuh merembeskan peluh selepas lama berehat. Selepas itu, bila badan mula panas, kami melajukan langkah seperti langkah sebelum ini. Tapi tak lama, aku rasakan kaki aku seakan hendak kejang. Urat semacam tertarik di bahagian bawah lutut. Langkah sedikit perlahan. Susah juga, stamina ada, tapi kondisi kaki tidak mengizinkan.
1550
Kami sampai di Kem Agas dan tekaan kami memang betul kerana mereka sedang berehat di sini. Mereka juga nampaknya baru sahaja siap menunaikan solat Asar.
1625
Usai sahaja solat Asar dan sedikit urutan Koha pada kaki aku. Kami mulai gerak. Matahari semakin condong ke barat. Hutan yang dilitupi daun-daun tebal semakin menggelap jika hendak dibandingkan dengan waktu sekarang. Seakan sudah mahu Maghrib. Di sini juga aku sempat menggunakan spray Epi untuk menghilangkan rasa kejang di kaki.
1700
Trek selepas Kem Agas ni agak mental. Naik turun dan menyeberangi sungai. Naik turun cross sungai, naik turun cross sungai. Ada dekat dengan belas-belas sungai. Trek seakan sama sampai kami mengeluh, bila la nak ada penghujung. Mental sudah rabak bila tak nampak mana penghujungnya. Akhirnya lebih kurang setengah jam menempuh trek menyeberangi anak sungai, kami berhenti rehat di tepi sebuah anak sungai.
Di sinilah kami bertiga terlelap iaitu aku, Beji dan Shalaby. Manakala Koha sibuk bermain handphone dan sempat juga mengambil gambar kami bertiga yang sedang tidur. Oh ya, kami berempat masih lagi bergerak dalam kumpulan yang kecil sejak dari sungai S semasa tukar ration.
1730
Kami gerak. Setengah jam berehat dan melayan mata sudah cukup untuk kami kembali melangkah kaki melayan anak sungai. Dalam beberapa minit kami berjalan, terjumpa dengan Farah dan Tiya sedang lena tidur di bawah sepohon pokok. Kami sapu semua dan dua orang tadi bergerak sekali dengan kami.
1800
Setengah jam jalan, tiba-tiba si Koha memegang pokok dan membuat isyarat supaya berhenti kejap. Katanya ternampak bintang kama (alamat pewai dan kepala berpusing). Katanya ini sudah kali ketiga dia nampak bintang kama dan terpaksa berhenti duduk dan berehat. Ahhh.. itula, masa kami bertiga tidur kejap tadi tak nak tidur sekali. Haha.
Semasa berhenti, kami sudah mengandaikan yang Kem Jeruk tidak jauh lagi. Biasanya kalau berhenti macam ni, jalan 10 minit lagi sampai la kem. Lepastu mula lah kecewa sebab berhenti lama betul padahal campsite dekat dah nak sampai. Itu cerita pengalaman semasa naik Tok Nenek. Berhenti bukan main lama, padahal 5 minit lagi jalan dah sampai campsite.
1825
Hari sudah petang, kami tidak mahu sampai di Kem Jeruk
ketika melepasi waktu Maghrib.
1840
Memang betul andaian kami. 15 minit berjalan, kami
sudah sampai di Kem Jeruk. Kelihatan fly sudah siap terpasang oleh line-up yang
sampai awal. Antara yang terawal adalah Munim. Kawan aku dan Koha yang datang
sekali. Katanya dia follow guide dan sempat cucuk guide. Mereka sampai kat
campsite lebih kurang jam 5.30 petang.
Perjalanan kami enjoy dan santai betul. Dapat menikmat
indahnya hutan dengan baik sekali. Dapat meluangkan masa dengan kawan-kawan dan
bergurau senda bersama hilai tawa dalam perjalanan sampai ke Kem Jeruk. Biarpun
kata orang kami ni yang paling lambat sampai, tetapi kami enjoy. Bukankah naik
gunung tu untuk enjoy dan melupakan tekanan semasa bekerja?
Malam tu, gogo masak menu nasi arab ayam. Ah, memang
sedap dimakan dengan perut yang betul-betul lapar. Dalam hutan ni, makan apa
je, semua rasa sedap. Malam tu aku tidur awal, awal pagi kami nak gerak menawan
puncak Yong Yap. Katanya gogo pukul 2 pagi lagi nak gerak. Biasanya kalau
Melayu, boleh agak la pukul 2 atau tidak gerak pagi esok. Haha.
wah..menariknya baca pengalaman you...teringin nak pergi jugak lepas2 covid ni...
ReplyDelete