Bersambung part-2. Boleh baca part 1 di
sini.
20 APRIL 2019
4.00 gerak
Mengikut plan asal gogo, kami akan bergerak pada pukul
3 pagi. Mungkin masing-masing letih dan terlajak tidur. Kalau nak gerak pukul 3
pagi, pukul 2.30 pagi dah kena bangun untuk prepare. Mesti bangun pukul 3.30
pagi, baru boleh gerak pukul 4. Sebenarnya time management kena jaga juga
supaya tidak lari dengan rancangan gogo. Naik awal, boleh la dapat sampai
puncak tu awal. Dapat kejar sunrise dan tengok cantiknya matahari terbit di
puncak gunung.
Shalaby |
Tapi, kalau dah terbiasa melayan tidur, memang susah
la nak bangun. Nak buka mata lagi. Tidur pula sedap. Sejuk dengan angin hutan
yang perlahan-lahan meniup badan yang berselimut dengan sleeping bag. Memang
satu cubaan betul untuk bangkit dari tidur. Alang-alang dah sampai, takkan tak
nak sampai dekat puncak kan disebabkan nak melayan tidur?
Kami gerak dengan Jula di hadapan selaku guide. Aku, Beji,
Koha, Shalaby, Kak Adah dan juga Kak Bibi antara yang berada di belakang. Tak
sampai 15 minit berjalan, Kak Adah sudah nampak tidak larat. Setiap beberapa
langkah dia akan berhenti untuk mengambil nafas. Tak berapa ingat, sama ada dia
sakit kaki atau pun tercungap keletihan. Trek bermula dari Kem Jeruk memang
betul-betul pacak, tak ada diskaun. Mungkin itu sebab Kak Adah keletihan.
Kem Jerok |
Mendaki di pagi hari seawal jam 3 atau 4 pagi sebenarnya
lebih senang bagi aku. Ini kerana cuacanya tidak panas, tenaga masih lagi segar
dan jalan pacak dia kita tak nampak disebabkan gelap. Kalau nampak, memang
betul-betul kena psiko sebab dari jauh nampak mencanak je. Sedikit tips, pada
awal nak bermula mesti rasa sejuk dan rasa nak pakai windbreaker je. Tapi bila
dah 10-15 minit, korang akan rasa panas dan rasa nak tanggalkan je windbreaker
tu. Ikut kesesuaian badan, ada yang rasa selesa bila rasa panas dekat dalam,
dan kat luar rasa sejuk-sejuk hutan macam tu.
Dinding akar. |
Dekat setengah jam berjalan, kami berpisah. Aku berjalan sedikit di hadapan bersama Kak Bibi. Belakang aku ada Shalaby, Koha, Beji, Kak Adah dan anaknya. Aku berada beberapa langkah di belakang Kak Bibi. Paksa Kak Bibi berjalan di hadapan supaya aku tak tertinggal dia jika aku berada di hadapan. Yang paling selamat, kena berdua atau lebih ketika berjalan di dalam hutan, lebih-lebih lagi ketika waktu malam atau gelap. Macam-macam perkara boleh terjadi ketika berseorangan.
Layan pacak |
Kak Bibi berhenti keletihan, tapi tidak melabuhkan punggungnya. Masih berdiri dan berpaut pada batang pokok untuk melepaskan lelah. Aku terdengar suara Shalaby dan Koha di belakang yang aku kira tidak jauh dengan aku. Aku anggar yang mungkin seminit jarak perbezaan kedudukan mereka dengan aku. Suluhan lampu kepala mereka pun aku nampak yang mereka sangat hampir.
Aku mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan dan meninggalkan Kak Bibi kepada mereka. Masa ni aku jadi terlupa akan pesanan gogo supaya tidak berjalan berseorangan, lebih-lebih lagi ketika gelap malam kerana banyak kemungkinan yang boleh berlaku dan gangguan makhluk alam lain juga boleh tahan banyaknya.
Acah pewai. Padahal nak rehat. |
Pada masa ini aku merasakan tidak ada rasa takut dan tidak ada rasa was-was untuk aku meneruskan perjalanan. Aku berjalan keseorangan. Angin sejuk jarang-jarang menyapa tubuh aku. Bila aku rasa aku sudah jauh ke hadapan, aku memanggil mereka yang di belakang dengan panggilan ‘ooouuuukkk!!”. Ada sahutan, dan aku merasa yakin yang mereka tidak jauh ada di belakang aku.
Akhirnya aku merasa keletihan. Aku target ada je tempat landai, aku nak berhenti berehat. Duduk melepaskan rehat sambil menjamah roti yang dibawa sebagai alas perut. Perut sudah berkeroncong meminta untuk diisi.
Tempat landai dijumpai. Aku melabuhkan punggung di atas kayu balak yang sudah lama tumbang. Melepaskan lelah. Peluh berjurai turun dari kepala membasah muka. Betul-betul merasa puas dengan peluh yang membasah baju. 5 minit aku berseorangan di dalam gelap malam di dalam hutan dan akhirnya tiba Shalaby dan Koha di tempat aku berehat. Lega rasanya sebab nak ke hadapan lagi tak tahu orang di hadapan sudah berapa jauh mereka berada, dan untuk undur semula ke belakang bersama-sama dengan mereka juga merasa macam sudah rugi kerana sudah jauh memanjat.
Kata mereka, mereka tinggalkan Kak Bibi kepada Beji selaku satu-satunya orang lelaki paling maskulin yang berada di belakang.
Sekitar 5-10 minit kami berehat, kami meneruskan perjalanan tanpa menoleh ke belakang lagi.
Sepanjang mossy ada pula line telefon |
5.15 Kem Balak Pecah
Akhirnya kami sampai di Kem Balak Pecah. Namanya
bersempena dengan balak yang tumbang, lepas tu dia pecah. Mungkin sebab itu kem
mendapat nama. Di situ sudah ada semua line up. Orang terakhir yang sampai
sebelum kami sampai lebih kurang 15 minit yang lalu. Itu bermakna kami ni tidak
jauh sangat ketinggalan. Kami menunggu orang last sampai, iaitu Beji dan
anak-anak buahnya. Tidak lama, 5 minit kemudia Beji sampai. Cepatnya. Rasa
macam dah jauh kami tinggal mereka. Haha.
5.30 gerak
Di situ tak lama. Kami terus gerak untuk mengejar
solat Subuh di Helipad. Kak Adah dan Kak Bibi semakin okay dan rasanya mereka
ni seperti enjin diesel. Lambat panas. Kalau dah panas, bermaknanya okay lah
tu.
Penat ke tu? |
6.00 helipad
Kami sampai di Helipad. Helipad ini adalah tempat
helikopter mengambil seorang pendaki beberapa bulan yang lalu kerana mengalami
kecederaan. Itu pasal tempat ni mendapat nama helipad. Ketika itu boleh nampak
ada beberapa batang pokok yang sengaja ditebang untuk mengosongkan kawasan
tersebut. Pokok tersebut terpaksa ditebang untuk memudahkan kerja helikopter
dan pasukan penyelamat menjalankan operasi mereka. Best kan, panjat-panjat
gunung, bila cedera ada helikopter datang ambil. Hahaha!
Di sini kami berhenti rehat sekaligus menunaikan solat
Subuh. Mengikut plan asal gogo, kami akan solat Subuh di Simpang Bubu, tapi takut
terlajak dan terlewat solat Subuh, gogo mengambil keputusan untuk solat di
helipad.
Geng belakang. Dah peluk pokok. |
6.30 gerak
Kami meneruskan perjalanan. Hari beransur-ansur cerah.
Suasana hutan pada ketika itu betul-betul mendamaikan jiwa. Udara yang sangat
segar memenuhi paru-paru. Maka nikmat mana lagi yang patut kita bersyukur kepada
Tuhan Pencipta Alam.
7.10 Simpang Bubu
Kami sampai di Simpang Bubu. Kami itu adalah aku,
Koha, Shalaby, Farah, Beji, Kak Adah dan anaknya, dan Kak Bibi. Masih menuggu
di situ adalah Munim yang aku kira agak padu berjalan mendahului kami. Baki
yang lain telah meneruskan perjalanan menuju ke puncak. Laju betul langkah
mereka. Mereka padu, kami yang belakang ni sendu. Haha.
Balak Pecah. Mana balak? |
Simpang Bubu ni adalah persimpangan untuk ke Gunung
Yong Yap dan ke Gunung Bubu. Ke kanan untuk ke Gunung Bubu, ke kiri menuju ke
Gunung Yong Yap. Jangan risau tersalah jalan sebab kat sini ada sign board supaya
pendaki jelas ke mana arah tujuan mereka. Kat sini ada line telefon, Celcom
siap 4G lagi, tapi jarang-jarang sekali je.
7.30 gerak
Matahari sudah muncul. Kami meneruskan perjalanan.
Part ini paling mencabar. Treknya sudah berselut. Kami bukan lagi mendaki, tapi
memanjat dengan berpaut pada akar-akar pokok. Kami sudah memasuki kawasan
mossy. Tanahnya berlumpur kehitaman dan treknya agak becak. Ini kerana di paras
ketinggian ini, tanahnya begitu lembab kerana cuaca yang sejuk.
Ada beberapa tempat yang ianya semacam dinding. Lebih
kepala dinding tanah tersebut. Kami perlu memanjat dinding tersebut dengan
berpaut pada akar-akar kayu. Kalau yang jenis kaki pendek, memang sakit hati
dan sakit jiwa la. Saat ini memang betul-betul menguji mental. Mengeluh pun
sudah tidak ada guna kerana sikit lagi nak sampai puncak. Niat nak jaga kasut
untuk tidak kotor tu harap lupakan. Haha.
Pak Kassim |
8.15 Puncak Yong Yap
Akhirnya kami sampai di puncak Yong Yap. Puncaknya
tidak ada view. Kena turun sedikit ke bawah baru ada view. Itu pun nasib kami
tidak baik kerana awan dan kabus mengaburi permandangan gunung-ganang yang
indah.
Orang yang paling awal sampai ke puncak katanya sempat
dengan sunrise. Kalau itu target mereka, mereka sudah berjaya. Kami yang sendu ni
asal sampai je dekat puncak. Haha.
Aku rasa puas kerana pada mulanya aku tidak menyangka
akan dapat sampai ke puncak kerana prestasi dan stamina semalam agak teruk.
Niat awal nak stay dekat Kem Jeruk sebab rasa tak mampu nak ke puncak. Tak
dapat sunrise di puncak Yong Yap pun asalkan sampai je.
Kami breakfast dan melepaskan lelah di puncak agak lama.
Sesi bergambar dan sesi membawang sebagai ubat untuk menghilangkan keletihan.
Koha aka Muzakkir |
9.40 gerak turun
Aku bergerak turun. Ketika ini aku, Munim, Epi, Kak Bibi,
anak Kak Adah gerak bersama. Gogo dan yang lain-lain awal sedikit di hadapan
kami. Part turun ni boleh tahan laju. Sebab apa laju? Sebab main terjun je
kalau nampak tempat tinggi. Kalau nak terjun, pastikan berhati-hati kerana
silap langkah korang boleh injured.
11.00 helipad
Masa sampai helipad ni, aku cuma bertiga iaitu aku,
Epi dan Munim. Entah dekat mana aku tinggal Kak Bibi dan anak Kak Adah. Rasanya
aku tinggal dekat Simpang Bubu. Masa tu Jula offerkan diri untuk mengasuh Kak
Bibi dan anak Kak Adah. Aku pun mengambil peluang ini untuk meneruskan
perjalanan bersama-sama dengan Epi dan Munim. Niat di hati nak sampai di Kem
Jeruk, boleh rehat dan mandi lama sikit. Koha dan Farah juga sengaja aku
tinggal di Simpang Bubu untuk mereka cipta momen-momen indah. Hahaha.
Ambil tenaga |
11.20 balak pecah
Sampai Balak Pecah ni kami sudah kehabisan air. Sekadar rehat 5 minit.
11.25 gerak
Meneruskan perjalanan kerana dalam kepala sudah nampak air sungai yang sejuk untuk berendam. Tambah pula perut sedang meroyan nak membuang isi buangan.
Rehat di waktu pagi. Penat ke tu? |
2.17 gerak
Kami bergerak turun. Siapa kami? Kami itu adalah aku,
Beji, Shalaby, Koha dan Farah. Kak Adah dan gengnya sudah gerak bersama dengan
gogo.
3.15 Membuang
Di sungai, kami terpaksa berhenti sekejap memandangkan
satu-satunya wanita dalam kalangan kami yang ingin membuang. Buang yang besar.
Jadi, makan masa la sedikit. Kami target nak sampai di starting point paling
lewat adalah Maghrib.
Rehat makan nasi |
3.29 Kem Agas
Masa ni kami sampai di Kem Agas. Meneruskan perjalanan
tanpa rehat. Kat sini kami bertemu dengan Kak Adah dan gengnya iaitu Kak Bibi
dan anaknya. Katanya mereka sedang menunggu kami. Gogo sudah tidak kelihatan.
Mungkin gogo tinggal mereka untuk kami asuh dan jaga. Gogo nampak mengejar
masa. Kami tidak rehat dekat Kem Agas. Kami meneruskan perjalanan.
Beji selaku ketua geng belakang telah memberi semangat
dan kata-kata motivasi kepada geng sendu. Katanya, kita tidak akan berhenti rehat
kecuali setelah sampai di Sungai Ration. Sungai untuk berhenti rehat semalam
dan tempat membahagi ration aku kepada line up yang lain. Kami berjalan dan
terus berjalan. Tanpa rehat. Kadang-kadang lagu yang dimainkan dari speaker Koha
meneman sepi perjalanan yang terasa amat panjang.
Bergambar dan minum kopi di puncak |
5.15 Sungai
Ration
Kami tiba di Sungai Ration. Kami betul-betul penat. Jalan
tanpa henti dan jalan tanpa rehat. Kaki terasa lenguh. Sampai je dekat sini,
kami menurunkan beg dan melunjurkan kaki. Terasa lega. Dapur dibuka dan air
kopi menjadi santapan kami untuk meraih semula tenaga.
6.00
Kami gerak. 45 minit rehat sudah cukup. Dalam
perkiraan kami, paling lewat kami akan sampai di starting point pada jam 10.00
malam.
Bendera Malaysia tu puncak Yong Yap |
6.40 Kem Y
Kami sampai di Kem Y. Mengikut taklimat gogo, kami
semua akan regroup dekat sini. Berkumpul semua dekat sini. Tapi nampaknya tidak
ada seorang pun yang menunggu kami. Mungkin rancangan berubah dan mereka
meneruskan perjalanan memandangkan hari sudah gelap dan kami jauh lagi di
belakang. Tapi, anehnya tak ada pula makluman gogo kepada kami melalui radio
walkie-talkie. Mungkin gogo betul-betul mengejar masa. Jadi, kami meneruskan
perjalanan kerana hari sudah gelap.
6.48 Sungai Tali Oren
Lega kami bila sudah sampai di sini. Maknanya
perjalanan kami berbaki sedikit sahaja lagi.
Nak sampai puncak |
7.25 Maghrib
Jalan sudah mulai gelap. Pohon-pohon di hutan sudah
semakin samar dari pandangan. Kami berhenti rehat. Petua kami di dalam hutan,
kena berhenti ketika masuk waktu Maghrib. Jangan meneruskan perjalanan kerana banyak
makhluk lain berkeliaran dan aktif ketika waktu ini.
Beg diturunkan sekali lagi. Ada yang menjamah makanan
ringan. Ada yang minum air. Membasah tekak yang haus. Azan Maghrib dilaungkan
oleh Koha memecahkan keheningan hutan yang hanya bertemankan bunyi-bunyi
serangga hutan.
Mossy |
Lampu kepada sudah dikeluarkan dan dipasang di kepala
masing-masing. Kami akan bergerak pukul 8.00 malam. Itu adalah waktu yang ideal
untuk bergerak selepas berhenti pada waktu Maghrib.
7.42 Gerak
Tapi, tak sampai pukul 8.00 malam dan kami terpaksa
gerak kerana angin tiba-tiba kuat dan menggoncang pohon-pohon kayu sekitar kami.
Kami kira hujan akan turun dan bergegas meneruskan perjalanan. Perjalanan pada
waktu malam sedikit perlahan memandangkan jarak penglihatan kami agak terhad.
Turun ke bawah untuk dapat view ni |
7.57 Hidden Waterfall
Ketika ini kami sampai di Hidden Waterfall. Kami
semakin hampir dengan starting point.
Hati kami semakin bersemangat. Radio walkie-talkie dari gogo dan line up yang
tidak kedengaran untuk bertanyakan khabar kami.
Puncak Yong Yap |
8.25 Sungai Last
Kami tiba di sungai paling akhir. Bermakna sungai yang
paling awal kami cross semalam. Lepas ni tak ada sungai lagi. Nasib air tidak
tinggi seperti mana aku pergi Tok Nenek tempoh hari. Kalau tidak memang lama la
nak kena tunggu untuk seberang ke sebelah. Sungai ni dalam dia paras peha la
juga. Kami berjaya cross dengan selamat.
Helipad |
8.30 Jalan Balak
Bermulalah perjalanan kami melalui jalan balak. Jalan
berbatu. Kami sudah mulai lega. Walaupun jalannya tidak ada lagi pokok-pokok
hutan, tetapi kami diingatkan untuk tidak berjalan berseorangan kerana masih
ada lagi bahaya yang boleh terjadi kerana jalan masih lagi gelap.
Sedang berjalan dan berborak-borak, seorang line up
terseliuh kakinya. Hero kami terus bergegas dan menjadi penyelamat. Disembur
sedikit pain killer, perjalanan kami diteruskan seperti biasa.
Kawasan helipad |
8.30 Jalan Balak
Bermulalah perjalanan kami melalui jalan balak. Jalan
berbatu. Kami sudah mulai lega. Walaupun jalannya tidak ada lagi pokok-pokok
hutan, tetapi kami diingatkan untuk tidak berjalan berseorangan kerana masih
ada lagi bahaya yang boleh terjadi kerana jalan masih lagi gelap.
Sedang berjalan dan berborak-borak, seorang line up
terseliuh kakinya. Hero kami terus bergegas dan menjadi penyelamat. Disembur
sedikit pain killer, perjalanan kami diteruskan seperti biasa.
Trek sudah pacak |
9.15 Kg. Rengil
Akhirnya sampai juga kami di starting point. Lampu surau
menjadi penanda kami. Lega. Kami berasa amat lega. Sampai juga kami setelah
berjalan tanpa henti dan kami kira ianya satu perjalanan yang agak panjang.
Sampai saja di surau, kelihatan Munim dan Mira berada
di sana. Yang lain sudah pulang kerana ada yang tinggal di Melaka untuk
bergegas balik ke sana. Manakala gogo, Jula dan Epi pergi makan kerana lapar
katanya Mira kepada kami. Patutlah tak ada radio kami di belakang untuk bertanya
khabar. Gogo lapar dan cepat-cepat nak sampai untuk pergi makan.
Menu malam. Nasi arab. |
Kami bersiap. Mandi dan menukar pakaian. Kami yang
satu kereta terus mengisi barang dan memecut pulang. Kami pun lapar. Nak makan.
Trip yang enjoy dan banyak pengalaman serta kenangan sebagai
pelajaran dan pengajaran kepada diri sendiri. Terima kasih TKR. Terima kasih Beji.
Terima kasih semua line up!!
Beji selaku sweeper |
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.