Kaji Sebelum Sebar
Assalamualaikum. Nampaknya Mei sudah semakin hampir ke penghujung dan kita sudah pun memasuki bulan Syaaban. Ini bermakna kita masih ada sebulan lagi untuk sampai kepada Ramadhan yang dirindui. Mungkin kita akan rasa putaran masa itu terlalu pantas sehinggakan sedar tak sedar kita sudah sampai kepada Ramadan sedangkan memori Ramadan pada tahun lepas masih lagi basah di ingatan. Pagi ini, media Malaysia dan juga newsfeed Facebook banyak memuatkan berita tentang mataf (tempat tawaf) di Mekah runtuh dan ada dalam kalangan jemaah umrah yang meninggal dunia. Aku berasa pelik kerana dekat sini tak ada pula dengar berita yang semacam tu sedangkan jarak antara sini dengan Mekah tidak lah jauh sangat. Dan ianya ternyata berita itu tidak benar apabila sumber berita Arab News akhirnya memuatkan berita menafikan perkara tersebut. Rujuk sini . Apa yang sebenarnya berlaku adalah empat orang jemaah mengalami kecederaan dan tiga daripadanya adalah perempuan. Kejadian ini terjadi berp...