Skip to main content

JUMAAT DAN MISTIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jumaat penghulu hari datang lagi. Tapi, kita dalam tak sedar tidak menyedari yang setiap kali datangnya Jumaat, umur kita juga semakin bertambah. Kita hanya sedar umur kita bertambah bila mana tibanya tarikh kelahiran kita. "Oh... aku sudah tua..". Tapi ramai yang tidak ambil kisah bila mana sebenarnya  umur mereka saban hari bertambah dari hari ke hari kerana masa itu tidak pernah berhenti.

Jumaat  adalah hari raya yang diiktiraf dalam Islam selain dua lagi daripada hari raya, iaitu hari raya aidulfitri dan juga aiduladha. Selain tiga hari ini, tiada lagi perayaan dalam Islam. Jumaat adalah hari agung yang Allah jadikan untuk umat Muhammad s.a.w, yang puratanya akan mati pada umur 60 - 70 tahun. Singkat bukan masa kita? Terdapat pada hari Jumaat itu adalah barakah dan kelebihan - kelebihan yang tiada pada hari lain.

Namun, masyarakat Melayu kita seringkali dimomok dengan perkara - perkara yang mistik dengan hari Jumaat. Kononnya hantu akan berkeliaran pada malam Jumaat. Kononnya roh - roh orang mati ini akan membuat kacau pada malam Jumaat dan tidak kurang juga yang pada malam Jumaat juga kebanyakan tempat - tempat 'keras' akan bertambah kekerasannya. Tak nafi, ini mungkin daripada amalan datuk nenek moyang kita dahulu kala yang sudah terkenal dengan pengamalam ilmu mistik yang sangat tebal dalam diri mereka. Semuanya serba - serbi berkait dengan hari Jumaat.

Kita yang sudah terkehadapan ini, janganlah disogok momokan - momokan begini kepada generasi - generasi yang akan datang. Ada banyak lagi cara lain yang boleh mendidik mereka selain daripada didikan yang berkait rapat dengan hantu dan sebagainya. Tak semestinya ingin mendidik anak supaya jangan keluar malam adalah dengan didikan takut 'disorok' hantu. Guna kaedah dan cara yang sebetulnya dan sebaik cara adalah cara yang diajarkan oleh penghulu kita, Nabi Muhammad s.aw dan semestinya bila kita meniru apa yang Nabi kita lakukan, automatik kita diberikan ganjaran kerana mengamalkan sunnahnya. 

Allahumma Solli 'ala Muhammad Wa'ala Alihi Muhammad.

Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan ahli - ahlinya.

**banyakkan berselawat di hari Jumaat.

Comments

  1. betul. Asal jumaat dan malam jumaat je orang mambang..tah pape. Tapi mungkin sebab budaya kot.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    Orang kita ni lebih banyak fikir benda negatif pd hari jumaat dan malam jumaat dari buat benda yang lebih dituntut.

    ReplyDelete
  3. hari jumaat aku selalu excited sbb pikir esok cuti je

    ReplyDelete
  4. aku singgah ni dah hari sabtu..
    :)
    salam sabtu.

    ReplyDelete
  5. itulah kan. akak sedang usaha didik Fateh Uwais cara yang sepatutnya dari disogokkkan benda2 mengarut dan menipu.

    takut nanti bila dia besar, jadi seorang yang menipu pulak kan,, huuu baik usaha buat benda baik2 aje. ajar yang baik2 dan betul. moga Allah beri kekuatan kt akak. amin

    ReplyDelete
  6. ha betoi. orang melayu mmg takkan habeh la dunia mistik dia.
    segala benda ada ja mistik dia. yg mistik ja dok ingat. huh~

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.