Semalam telah diumumkan yang Kelantan akan mula melaksanakan PKPB bermula 21 November sehingga 6 Disember. Maka ada la yang otak kreatif lagi melucukan menterjemah PKPB itu kepada Puok Kelate Pakat Berkurung. Maksud yang lebih sama dengan makna asal PKPB iaitu Perintah Kawalan Berkurung Bersyarat yang mana secara umumnya semua kena duduk di rumah. Jangan bergerak kemana-mana.
Pada masa yang sama, sudah ada beberapa negeri yang PKPB sudah tamat, antaranya adalah Terengganu dan Johor. Kelantan terpaksa dilaksanakan PKPB berikutan kes positif yang mendadak naik saban hari. Angka yang mendadak ini begitu merunsingkan pihak kesihatan dan juga orang ramai. Runsing fasiliti yang agak terhad dan runsing jika virus COVID-19 lebih cepat merebak menjangkiti orang awam.
Antara kluster yang masih lagi aktif setakat ini adalah kluster Mengketil. Katanya Pengarah Kesihatan Malaysia, antara punca utama Kelantan mendapat virus yang mendadak ini adalah berikutan daripada manusia yang berada di zon merah masuk ke Kelantan tanpa kuarantin diri mereka sendiri. Ini secara tak langsung menjangkiti ahli keluarga mereka yang mana seterusnya ahli keluarga ini akan merebak kepada orang sekitar dan seterusnya semakin merebak.
Ini menunjukkan yang rakyat kita masih lagi memandang rendah berkenaan penyakit yang boleh berjangkit tanpa ada gejala. Rakyat kita masih lagi degil dan tidak mengendahkan nasihat dan saranan pihak berwajib. Rakyat kita masih lagi bodoh sebenarnya. Tapi, jika dilabel bodoh begitu, macam tak kena pula. Yang pulang dari zon merah tanpa kuarantin ni bukan calang-calang tahap pendidikan mereka. Ada jururawat, ada engineer, ada guru. Entahlah, pulang untuk menyusahkan orang lain agaknya.
Sebenarnya, minda rakyat kita masih lagi tercorot. Tahun 2020 tidak menjadikan minda rakyat di negara kita begitu berkembang pesat. Minda dan sikap menjadikan satu gabungan yang menyebabkan rakyat Malaysia dan kaum Melayu begitu perlahan untuk maju ke hadapan menandingi rakyat dan kaum lain. Terimalah.
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.