Skip to main content

Kekalahan Arsenal dengan Dortmund

Okay, kekalahan pertama Arsenal sejak 12/13 match tanpa kalah. Kalah di halaman sendiri pula tu. Sudah habis rekod yang ingin dibanggakan. Arsenal musim ni tidak dapat mengalahkan rekod unbeaten Arsenal zaman Henry. Tidak apa, ayat penyedap hati sentiasa ada. Musim depan ada lagi kan? Haha. Sebenarnya aku turut kecewa dengan kekalahan malam ini. Kalah di Emirates Stadium pula tu.

Arsenal sudah bermain dengan baik pada malam ni. Walaupun pada awalnya gol kita sudah dibolosi oleh jaringan lawan, kita tetap bermain dengan baik sehingga Giroud berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit 40. Rintik - rintik salji turun berirama seakan bersedih dengan kekalahan Arsenal malam ni. Tidak mengapa, suatu pengajaran juga kepada fans Arsenal yang game ni memang sudah adat dia. Mesti ada je akan kalah sebab satu team tu tak selamanya akan perfect. 

Berbalik kepada ulasan permainan tadi, pada minit 50 lebih, Arsenal memasukkan Cazorla menggantikan Wilshere. Kelihatan Wilshere cedera pada buku lalinya. Masukknya Cazorla menyebabkan tempo permainan menjadi semakin pantas tetapi tidak mengubah keadaan buat Arsenal melainkan pada minit 80 lebih Lewandowski menjaringkan gol buat Dortmund sehingga berakhir pada babak perlawanan kita kalah dengan 1 - 2. Kita asyik leka menyerang dan mereka mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol. Dortmund bukan calang - calang pasukan. Mereka memang patut dipuji.

Shazwani

Sagna - Mertesacker - Koscielny - Gibbs

Arteta 

Ozil - Ramsey - Rosicky - Wilshere

Giroud

Minta maaf kalau posisi aku susun kat atas adalah salah. Aku tak ingat sangat posisi. Paling pasti pemain di atas adalah first eleven untuk malam ni. Pada last - last minit, Wenger mengeluarkan Rosicky dan juga Ramsey yang mana masing - masing digantikan dengan Gnabry dan juga Bendtner tetapi tetap tidak dapat menjaringkan gol atau pun dijaringkan gol. Result tetap sama sehingga ke wisel penamat dengan kekalahan Arsenal 1 - 2. Satu ujian buat Wenger untuk memperbaiki mana yang patut dalam corak permainan. First touch tadi tak menjadi sangat, dan long pass banyak yang dapat dipotong oleh pemain Bortmund.

***
Mengharapkan comeback Arsenal melawan Crystal Palace yang baru dibaham oleh Fulham.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.