Skip to main content

Pervert Men

Hari Isnin ni kalau dulu popular dengan Monday Blur, Monday Blues. Tapi sekarang ni tak tahu famous lagi tak. Blur ke Blues pun, waktu tak pernah menunggu kita, so.. wake up dan hadapi dengan beraninya. Tempis jauh - jauh segala gangguan yang mengganggu kita. Gangguan malas, gangguan tak bersemangat, gangguan mengantuk dan sebagainya. Jadi produktif, jadi aktif. Aku tulis ni sambil terasa dengan ayat aku sendiri, tertempek atas dahi sendiri. 

Mukadimah biasanya tak ada kena mengena dengan perenggan kedua ni. Biasanya mukadimah tu cukup sebagai syarat biar pun hanya merapu dan merepek. Tapi, pointnya kena ada. Point yang ada faedah untuk pembaca dan juga untuk tuan blog sendiri yang secara pastinya pada suatu hari nanti akan menggeledah balik entry - entry dia sebelum ni. Suatu hari yang secara pasti dia pada masa tu sudah beruban jikalau panjang umurnya. Haha


Perenggan no dua pun merepek juga. Perenggan ketiga nak cerita pasal gambar di atas ni je. Terjumpa dekat facebook. Logik perempuan zaman sekarang memang kebanyakannya macam ni. Dia suka pakai seksi - seksi, dedah sana sini, nampak bentuk menggiurkan, terbelah atas bawah, bila lelaki pandang dia.. dia akan kata yang lelaki tu gatal, gila seks. Haha. Kesian kaum lelaki. Lelaki songsang je tak pandang kalau kaum wanita pakai yang macam tu. Ingat kaum lelaki tak ada nafsu ke? Kalau pak imam, lagi la bulat mata dia. Haha. Wanita yang pakai tudung labuh siap dengan purdah pun ada je lelaki nak pandang lagi. 

Sikit - sikit wanita lagi yang kena. Dalam Islam memang macam tu kerana wanita pada sisi Islam adalah suatu benda yang tak ternilai. Seluruh tubuhnya tidak ada sesuatu yang boleh disamakan. Tiada harga. Sebab itu Allah menyuruh mereka menutup keseluruhan anggota mereka. Hanya special untuk seorang lelaki yang bergelar suami je. Untung la suami yang dapat isteri macam ni. Tak bangga ke suami nanti bila kecantikan dan segala yang ada pada isteri yang dia je yang pernah dapat.Pernah dapat dan tiada expired untuk menatapnya. Isteri bangga dengan dirinya, dan suami bangga dapat isteri yang macam ni. 

Entry ni bukan nak menyentap mana - mana hati wanita. Entry ni hanya nak fokus dekat gambar tu je. Segala yang ada ditulis tu hanya buat mengisi jawatan kosong pada jari aku yang makin kurang menaip dekat keyboard hp. Kurang bila mana orang sebelah sana semakin sibuk. Lagipun, gambar tu macam lawak pun ada. Haha. Just nak santai, sambil senyum - senyum boleh ambil peringatan.Wanita senang je nak masuk syurga, solat cukup lima waktu, puasa pada bulan Ramadan, dan taat pada suami. Tak sebut tentang aurat kan? Kebiasaanya, bila orang dah jaga solat lima waktu pada waktunya, insyaAllah bahagian aurat tu dia mudah nak settlekan.

*****

Comments

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.